Mainan Yang Memekak.

Ramai ibu bapa yang pandang remeh pada permainan. “Biasa la, mainan ada bunyi, budak-budak suka.”

Tahukah anda permainan yang berbunyi kuat boleh merosakkan deria pendengaran anak anda? Kanak-kanak bermain permainan telefon dan meletakkan ke tepi telinga. Jika dengan bateri baru, ia mungkin mencecah 90dB. Apabila hampir ke telinga, kekuatannya boleh jadi lebih kuat.

Sedangkan para pekerja kilang perlu memakai alat pelindung telinga apabila terdedah dengan tahap kekuatan bising yang sekuat itu. Tetapi kanak-kanak pula dibiarkan bermain.

Terdapat permainan jenis siren, walkie talkie, alat tiupan berbunyi, mercun, alatan muzik dan macam-macam lagi permainan yang boleh membahayakan pendengaran jika tidak dikawal tahap bunyinya.

Bagi kanak-kanak sekolah zaman sekarang pula, penggunaan earphone begitu berleluasa. Malah ada yang tertidur memakai earphone.

Sebagai ibu bapa, pilih permainan anak anda. Perhatikan kebisingannya dan bagaimana anak anda menggunakannya.

Pendedahan pada kebisingan berlarutan boleh menyebabkan masalah pendengaran kekal.

Ruby Speech Therapy
sms @ whatsapp 0133109703
Khamis & Jumaat : Permatang Pauh
Sabtu & Ahad : Sungai Petani

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: