Bercakap ikut situasi.

Bagi kanak-kanak yang petah bercakap, mereka menyerap bahasa yang didengar dan menyebut dengan mudah.

Ramai ibu bapa yang tak sedar pun bagaimana proses anak mereka belajar bercakap. Tiba-tiba saja anak mereka dah boleh cakap macam-macam.

Namun bagi kanak-kanak yang ada masalah untuk bercakap, ibu bapa mestilah tahu strategi untuk ajar anak bercakap. Jika selama ini strategi ibu bapa ialah ‘ni apa? dia buat apa? ni bentuk apa? bilang 1,2, 3, sebut’
maka ibu bapa perlu pertimbangkan untuk tukar kepada strategi lain.

Mengajar anak bercakap bukanlah seperti mengajar subjek akademik. Kemahiran komunikasi melibatkan perbualan harian antara ibu bapa dan anak.

image

Di sini saya senaraikan contoh ayat @ ujaran yang selalu digunakan oleh kanak-kanak:

1) meminta sesuatu
– mama, nak main
– mama, nak susu

2) ingin perhatian
– tengok ni mama, tengok ni.

3) menyatakan hak
– ni adik punya. ni abang punya.

4) menyatakan giliran
– adik pulak.

5) menafikan
– jangan la…
– tak boleh

6) membuat penerangan
– kereta adik besar.
– boleh terbang tinggi.

7) membandingkan
– kereta adik besar, kereta abang kecil.
– adik punya yang merah, abang punya biru.

8) mengadu
– mama, abang buat.
– tengok abang tu, buat adik.

9) tanya soalan
– mama nak pergi mana?
– tu apa?
– sebab apa tak boleh?

10) memberi arahan
– mama, tolong pegang sat.
– mama, tolong buat ni.

image

Manusia menggunakan bahasa dengan kemahiran pragmatik iaitu sesuai dengan situasi tertentu.

Maka untuk melatih anak bercakap, ibu bapa mestilah mewujudkan situasi. Tanpa situasi, anda hanyalah memaksa anak untuk bercakap. Tetapi bukan komunikasi dua hala.

Sebab itulah saya kata tadi, mengajar anak bercakap tak sama seperti mengajar subjek akademik.

Seterusnya, bagaimana pula nak mewujudkan situasi?
Ia adalah situasi harian anda di rumah anda sendiri. Dari anak bangun pagi, sehinggalah waktu dia tidur.

Kesimpulannya, luangkan masa anda untuk bercakap dengan anak. Perlahankan masa rutin harian dan hadapi anak anda. Jika anda mengejar rutin harian di rumah, sampai bila pun tak berkesudahan. Tapi kanak-kanak pula hanya sempat jadi kanak-kanak sekali sahaja seumur hidupnya.

Selamat berusaha.

Ruby Speech Therapy
0133109703
Permatang Pauh : Khamis & Jumaat.
Sungai Petani : Sabtu & Ahad.

Advertisements

Satu Respons to “Bercakap ikut situasi.”

  1. zhia adriana Says:

    Ank sy kt umh banyak ckp tp…kt skolah die snyap jer.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: