Stigma di kalangan ibu bapa.

Dua hari lepas saya menyertai Program Outreach LINUS di Sekolah Kebangsaan Teluk Wang Sg Petani.

Kebanyakkan murid yang disaring ini mengalami masalah pembelajaran. Walaupun dah darjah 3, tapi masih merangkak lagi untuk membaca, malah ada yang tak kenal nombor lagi.

Di sekolah kebangsaan ada menyediakan program pemulihan sejak dari darjah 1. Namun murid-murid LINUS ini tidak menunjukkan prestasi yang memberangsangkan.

Sepanjang pemerhatian saya, memang ramai antara murid ini yang tidak mengalami masalah pertuturan. Mereka boleh bersembang seperti kanak-kanak lain.

Namun ada juga antara mereka yang amat lambat perkembangan bahasanya. Walaupun dah darjah 3, masih tak mengenal warna, cakap pendek-pendek, tidak dapat menjawab soalan ‘kenapa’, ‘bagaimana’.

Ibu bapa yang hadir nampaknya memahami masalah anak mereka dan telah menjangkakan bahawa anak mereka akan dimasukkan ke kelas pendidikan khas.

Kelas pendidikan khas bukanlah bererti tamatnya perjalanan hidup seorang kanak-kanak. Malah ia merupakan satu permulaan baru yang membuka minda mereka ke arah sudut yang baru.

Ramai kanak-kanak yang saya jumpa menunjukkan perubahan positif setelah bertukar ke pendidikan khas. Mereka dapat belajar pelbagai jenis kemahiran selain mendapat tumpuan yang lebih dari guru-guru yang pakar. Malah ramai kanak-kanak yang berasa gembira dan seronok nak pergi sekolah.

Dulu di kelas biasa, mereka rasa bosan (sebab tak faham apa cikgu ajar), rasa takut (sebab cikgu selalu marah), rasa terpinggir (sebab kawan pulau).

Penulisan saya pada hari ini bertujuan untuk mengubah persepsi atau stigma ibu bapa tentang pendidikan khas.

Tahukah anda tentang program inklusif? Jika murid kelas khas mampu untuk mencapai tahap seperti rakan di kelas normal, mereka boleh diserapkan semula ke kelas normal.

Ini adalah untuk menyangkal dakwaan ramai ibu bapa tentang ‘murid kelas khas gelap masa depan’.

image

Kesimpulannya, sebagai ibu bapa dan guru, kita mestilah memikirkan apa yang terbaik untuk murid tersebut. Jika jalan itu adalah yang lebih bermanfaat, maka teruskan saja dan jangan berhenti berharap.

RUBY SPEECH THERAPY
Khamis & Jumaat : Permatang Pauh
Sabtu & Ahad : Sungai Petani
sms @ whatsapp 0133109703

Advertisements

10 Respons to “Stigma di kalangan ibu bapa.”

  1. Rohana Binti Md. Hasan Says:

    Kita kne lbh rapat ngn anak2 dn aggap anak2 sbagai kwn baik kita baru anak2 nmpk respon yg baik.

  2. norfadzrien md deros Says:

    anak sy berumur 6thun xde mslh petuturan nampk mcm normal mcm kanak2 biasa tp ada masalah dlm pembelajaran seperti masih tidak mengenal huruf dan warna dgn betul…saya risau sbb tahun depan nak drjah 1…tolong bg tips utk menangani anak yg mcm ni….tq

    • Ungku Nurshidah Ungku A Rahman Says:

      Saya ada anak OKU masalah pembelajaran. Mula2 kami ketahuai masa dia umur 6 thn xboleh baca kenal huruf dan warna. Kami bw dia jumpa dgn pakar kanak2 utk pemeriksaan di hospital swasta dan di sah dyslexia dan mild retarded brain damage umur 2 thn di sbkn dia pernah demam panas hingga kejang. Doktor shorkn anak diberi lebih perhatian dan di masukkn ke sekolah khas masa tu susah sy nk cari sekolah yg ada kelas khas tapi dgn pertolongan gurunya di sekolah biasa anak kami di tukar ke sekolah yg ada kelas khas dan alhamdullillah di situ dia bnyk belajar dari segi membaca, menulis dan fahami apa yg cikgu ajar….dan seterusnye dia ke sek. Men. Vokesional khas dan akhir melajutkn pelajaran nye ke kolej komuniti dan kini sudah pun bekerja boleh berdikari sendiri. Saya sarankn puan bw anak berjumpa dgn pakar ini di mana2 hospital kerajaan hukm utk pemeriksaan mengesah di mana masaalah yg di hadapi kalau dia dikategori OKU dan dptkn kad OKU dan minta di masukkn di kelas khas…. sekarang mana2 sekolah dh ada guru dan kelas khas di sediakn.

  3. Fazilah bt mohd nazir Says:

    anak sya yg no 3 sudah dlm thn 3 masih mengikuti kelas pemulihan…sya bersyukur wlaupn anak ini lmbt…tp dia merasa seronok ke sekolah kerana guru2 pemulihan sgt pandai mengmbil perhatian mereka..t.kasih kepada yg melksanakan program ini….

  4. siti norfaezah bte sahat Says:

    anak lelaki saya pun tidak mempunyai masalah pertuturan tpi ada masalah membaca. time nak buat keje sekolah pun saya hari2 kena tegur dia n dah jadi macam tarzan. mula2 saya ajar juga tpi masih tidak boleh, macam2 cara dan saya ada juga cari untuk tuisyenkan anak saya. saya ada juga menayakan pada kawan sya dan akhirnya diberi no tel. pada awal thn ini saya telah menghantar anak saya ke tempat yg diberitahu oleh kawan saya itu. alhamdulilah anak saya sudah boleh membaca n buat kerja sekolahnya tanpa saya menyuruhnya. kalau ikut kita dulu cikgu mengajar dengan megeja tpi sekarang tidak boleh kena baca macam iqra. kena sebut sukukata. buat pengetahuan semua anak saya darjah 4

  5. Rohana Binti Md. Hasan Says:

    Sya nk tnye mcm mne sya nk mgatasi anak baran, klu mood dia baik dia akn dgr ckp ckgu, klu mood dia xbaik dia melawan . Blajar pn ikut mood, sya jdi resah bla dia wat prangai.

  6. Sy pun mengalami masalah seperti puan.mmg anak sy nmpk normal tp bila sy rujuk dgn pakar, rupanya anak sy ada mild autisme…so sy antar terapi cara kerja dan terapi pertuturan, so far byk improvement…ttg warna, kenalkan satu warna dulu.cthnya warnakan tgn warna biru.kemudian bykkan ulangan..hari seterusnya buat warnakan tgn anak dgn 2 warna supaya dia dpt bezakan…mmg ambil masa.bykkan bersabar.huruf plak kenalkan huruf besar bentuk horizontal n vertical dahulu spt E F T H L I.semoga dpt membantu puan.

  7. azliana bt samsudin Says:

    Anak ke3 saya sekarang di tahun 3 tetapi masih tak dapat kuasai ejaan dan tidak pandai membaca tetapi mahir matematik. Boleh bagi tips utk mengatasi masalah pembelajaran anak saya.

  8. Just share….
    Tahun ni thun ke2 ank sy berada di sekolah pndidikan khas.allhmdulillah…sy nmpak bnyk sngt perubhn ketara.terutama dr segi EMOSI.pmbelajaran ada sdikit kemajuan…ank sy mempunyai masalah slow learner.sy x tlalu push sngt..sbb sy tau ability dia.parents di luar sana..persetankn persepsi org..yg pnting ank kita bleh bljr ngn baik.

  9. Anita Hj. Tahir Says:

    Salam. Anak saya mengikuti kelas inklusif di sekolahnya. Namun yang menjadi tanda tanya kepada saya ialah sekiranya murid itu tidak menguasai pelajarannya siapa yang bertanggungjawab untuk memahamkan dia sama ada guru yang mengajar kelas perdana atau guru pendidikan khas. Bila saya ajukan soalan ini kepada guru pendidikan khas mereka mengatakan guru mata pelajaran kelas perdana yang perlu bertanggungjawab dan saya ada mendengar guru perdana yang menjawab “pergi tanya cikgu pend. khas awak” apabila murid inklusif bertanya bahawa mereka tidak faham pelajaran pada hari tersebut . Sepekara lagi , guru aliran perdana banyak menulis latihan di papan hitam, sehingga penuh papan tulis digunakan untuk membuat latihan di situ. Bagi anak saya(inklusif) , dia lambat untuk menyalin latihan guru tersebut. Bila balik rumah , saya tidak dapat membantu menyiapkan latihan tersebut kerana tidak habis salin akibatnya esok pagi anak saya dimarahi oleh guru perdana. Ini menyebabkan dia down. Saya susah hati dengan keadaan ini..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: