Nak Rangsang Anak Bercakap.

Ramai ibu bapa yang bertanya kepada saya bagaimana nak bantu percakapan anak. Maka di sini saya huraikan langkah paling asas yang mesti ada bagi setiap ibu bapa. Teorinya mudah, tapi nak praktikalnya itu, anda cuba dulu baru tahu.

Kebiasaannya ibu bapa suka melihat anaknya berjaya melakukan sesuatu yang dikehendakinya.

“cuba nyanyi abc sikit”
“macam mana tepuk tangan?”
“bagi mama warna merah”

Salah satu kemahiran yang jarang-jarang dikuasai oleh ibu bapa ialah kemahiran memerhati.

Ia menjadi sukar kerana kebanyakkan ibu bapa tak boleh nak menahan sabar. Tak boleh nak diam, duduk, dengar dan tengok saja.

Ada ketika kita mesti mengajar anak kita untuk buat begitu dan begini. Selepas kita ajar, kemudian sila bertenang dan perhatikan bagaimana jika anak buat sendiri.

Dalam aktiviti buku cerita contohnya, cuba jika ibu bapa perhatikan betul-betul.
1) arah pandangan mata
– adakah dia melihat gambar tertentu 
2) perbuatan
– adakah dia menunjuk atau cuba membuka muka surat lain.
3) keinginan interaksi
– adakah dia cuba untuk bertanya, memanggil anda untuk sama-sama lihat.
4) percakapan
– jika dia ada menyebut bunyi @ perkataan @ ayat tertentu.

Kebanyakkan ibu bapa hanya nak dengar anaknya bercakap. Maka sebab itulah ibu bapa kerap bertanya soalan, dengan harapan agar anak bercakap untuk jawab soalan.

Jika anda gagal untuk membuat pemerhatian yang baik, maka automatik anda gagal untuk merangsang percakapan anak anda.

Contoh paling mudah, jika suami tengah tengok perlawanan bola, tiba-tiba isteri bertanya tentang kain langsir. Maka adakah anda menjangkakan perbualan dapat berlaku? Jika suami menjawab pun, setakat ala kadar saja, “ha ah, ok, yelah, tak tau lah”.

Maka begitulah konsepnya untuk merangsang anak anda bercakap. Anda mesti benar-benar perhati, apa yang dia sedang lihat, apa yang dia cuba sebut dan apa yang dia sedang minat pada ketika itu.

Tidak kiralah ketika aktiviti buku cerita, main bola, tengok tv, cedok air bubuh dalam botol, main masak-masak, main pedang jadi ultraman, main lego, susun bantal, apa-apa saja.

Ada ibu bapa yang nak jadi ketua, walaupun dalam permainan kanak-kanak. Maka kanak-kanak disuruh buat begitu dan begini.

Kemudian tahu pula untuk kata, “Anak saya ni dia nak buat cara dia ja. Tak mau ikut apa yang kita ajar”.

Cuba jika anda biarkan anak anda yang jadi ketua, anda ikut saja rentak dia sambil perhatikan tingkah lakunya. Maka saya yakin anda akan lihat suatu sudut yang berbeza dari segi:
1) kebolehan anak untuk memberi tumpuan bersama dengan ibu bapa.
2) respon yang ditunjukkan oleh anak dari segi interaksi dua hala.

Tahukah anda, dengan hanya memerhati, memandang dengan gaya muka yang menunggu respon dan diam, maka anda sebenarnya mewujudkan suatu peluang interaksi kepada anak anda?

image

Selamat berusaha.

Ruby Speech Therapy
Khamis & Jumaat – Permatang Pauh
Sabtu & Ahad – Sungai Petani
sms @ whatsapp 0133109703

16 Respons to “Nak Rangsang Anak Bercakap.”

  1. hafizah ibrahim Says:

    salam puan,

    bagaimana pula dengan anak yg mengalami masalah disleksia? untuk pengetahuan puan, umur anak saya skrg, 9thn. pada umurnya 7thn saya telah menghntrnya kepusat disleksia malaysia di kuala lumpur, hnya untuk 3 bln kerana menurut doktor dan guru di pusat itu, anak saya cuma mengalami mild disleksia.

    skrg dia telah pun memasuki darjah 3 (sekolah biasa). persoalan saya di sini ialah, apa yg saya boleh lakukan bagi mengurang dan membantu masalah disleksia anak saya dari segi pembelajaran dan hidupan hariannya.

    harap dpt perhatian dari puan. sekian, terima kasih.

  2. Totally agreed!

    Saya banyak gunakan cara memerhati dan membiarkan mereka membina kreativiti sendiri.

  3. Sy nk Tanya sdikit. Mslh sy ialah lidah pendek n sukar debut r.
    Ada mslah x utk anak sy berckp dgn btl. To sy ajar d bckp dgn betul skrnh no. Bkn mamam tp makan

  4. Assalammualaikum sis saya nk tnye anak saya first kembar..berusia 4thn..tp cara percakapan pelat sgt2..sampai cikgu pun x phm apa diorang ckpkan..kadang saya sedih kenapa anak saya lmbt ckp x mcm kanak2 seusia dengn dia yg petah bercakap.,menghafal doa2 semua..bila saya mengajar dia ckp n perbetulkan ayat percakapan diaorang marah saya then nangis..saya x tau nk bt cm ne lg..harap puam dapat membntu.

    • ada kanak2 yg x tau dia sebut salah. dia rasa dia betul dan tak faham kenapa mak dia ni asik kata dia salah, padahal dia rasa dia dah betul.
      pn bawa la anak berjumpa speech therapist. sebelum ajar anak betulkan sebutan, speech therapist mesti latih kemahiran mendengar (phonological awareness) dahulu. dia dah ada kesedaran, baru boleh ajar sebutan.

  5. Erjana Awang Says:

    Puan ,sy nak tanya . . umo ank sy skrg 3 Tahun 4 Bulan . anak lelaki . . dia langsung x boleh ckp ape2 . tapi klu sy suruh dia ambil barang cth: bantal,bola,remote, dia faham . . dia terus buat ape yg saya suruh . klu dia nak ape2 , dia tunjuk je . nama2 haiwan n gambar haiwan dia tahu . tapi dia x boleh sebut bila saya suruh . .

  6. Salam puan…anak lelaki saye umur 3tahun belom pandai bercakap.saye dah cube berbagai tapi tetap same.tapi kadang ade bunyi die sebut kurang jelas….ade tips untuk lancar kn percakapan die???biler di ajar banyak sennyum jer….kalau saye cakap tunjuk die faham contoh:lepas makan basuh tangan dan lap tangan….die buat…tande die paham ape saye ckp…

  7. Salam,puan.sy nk tnya.anak perempuan sy 1y8m spt masalah en zaidi di atas. Bila dia mahukn sesuatu,cuma ‘nak’,’ek’,’uuh’..
    Itu sj sebutannya…dia mengajuk sy berckp tp hanya atetateta…mcm mn sy nk lancarkan sebutannya..

  8. Smekom puan, anak saya berumo 3 tahun 5 bulan, lelaki, anak sulong. dia boleh ckp gabung 2 ayat…seperti nak makan…nak minum…adik tidur…tok wan…tok ani dan lain2….pernah sekali saya dengar dia cakap “tok, tengok boya” sambil menunjuk ke arah paya.. adakah anak saya ok? perlukah terapy?
    bulan 7 ni ada appointment dgn doc ent di seberang jaya…doc nak lihat samada dia sudah bole bercakap setaraf dgn umornye atau tdk…kalau tdk dia akan rujuk ke hospital bm..
    masalah nak pergi bm pulak jauh sebab dia tinggal dgn nenek dan maksu di sungai bakap…therapist di hospital sungai bakp ok ke puan? saya dengaq tenaga pengajar mcm kasar skit di sana….
    bagaimana pula dari segi bayaran kalau saya berminat untk dapaatkan khidmat puan?
    diharap puan dapat membalas persoalan saya…tq

  9. as salam puan…ok saya faham cara yang diajar oleh puan seperti di atas.cuma saya ingin tahu apa langkah seterusnya selepas kita memerhati anak kita itu.anak saya berusia 1 tahun 7bulan, masih belum boleh bercakap kecuali menyebut mak dan sebutan ‘awah’ untuk abah. saya perhatikan dia gemar kepada binatang. apabila melihat buku, matanya lebih attract kepada binatang, apabila melihat binatang secara live dia akan melompat menjerit seronok…jadi saya ingin mengetahui apa tindakan saya seterusnya selepas dapat mengenal pasti apa yang dia minat. terima kasih. harap puan dapat menjawab persoalan saya.

  10. as salam. anak saya sekarang ni 2 tahun 6 bulan…dia boleh menyebut beberapa perkataan tapi kebanyakannya kurang difahami, namun dia boleh memahami apa yang yang dicakapkan dan arahan yang diberikan.

Tinggalkan Jawapan kepada Noor Fadilah Batal balasan