Catatan pribadi sempena bulan autism

Saya speech therapist.

Sejujurnya, sejak melangkah ke alam ‘kerja sendiri’, saya menerima banyak kes autism berbanding kes lain.

Saya faham, ibu bapa yang datang adalah kerana mereka dahagakan ilmu, inginkan sesuatu bekalan tentang apa lagi yang perlu mereka lakukan untuk latih anak mereka di rumah.

Sebagai therapist pula, saya akui, ada kes yang amat sukar dikendalikan. Kes-kes yang melibatkan tingkah laku negatif (baling barang, tarik cermin mata saya, pukul dan ludah) selalunya menyebabkan saya berasa ‘seram sejuk’. Namun, saya anggap ia sebagai cabaran yang saya mesti hadapi, mesti kendalikan dan mesti fikirkan cara.

Tidak dinafikan bahawa ada juga kes autism yang agak mudah. Eye contact bagus, boleh ulang apa yang kita sebut, boleh bercakap dalam perbualan harian. Cuma sedikit masalah untuk komunikasi dua hala.

Suatu ketika dulu, saya pernah selesa memberi tips kepada ibu bapa. Buat begitu, buat begini, jangan itu dan jangan ini. Kemudian saya demo cara yang saya maksudkan. Akhir sekali saya beri homework supaya ibubapa dapat buat di rumah.

Kini, saya lebih banyak hands on. Saya masib berpegang pada prinsip ‘parent centered approach’. Namun, saya mesti buktikan kepada ibu bapa bahawa ‘inilah caranya, dan begini langkahnya, jom kita buat sama-sama’. Saya juga mesti fleksible sekiranya ‘ooh, dia tak boleh buat lagi, jom kita tukar cara lain’ serta merta.

Ada kanak-kanak yang jenis cepat menerima kaedah terapi yang diberikan. Sekali ajar, ulang sikit, terus dapat. Namun ada juga yang masih selesa dalam dunianya sendiri.

image

Ada sesetengah kes yang saya mengaku terus terang kepada ibu bapa bahawa saya tidak dapat menjanjikan apa-apa pun. Saya hanya boleh cuba usaha ikut apa yang saya tahu. Selebihnya bergantung kepada sejauh mana anak itu sanggup menerima kaedah terapi yang diberikan.

Dalam kebanyakkan kes juga, saya sering mengingatkan kepada ibu bapa supaya meletakkan jangkaan yang realisitik. Ramai ibu bapa yang terlalu mengharap dan akhirnya diri sendiri yang stress dan terus hilang motivasi untuk meneruskan kaedah terapi.

image

Hanya ibu bapa yang mengalami dan therapist sahaja yang memahami apa yang saya maksudkan dalam tulisan saya pada hari ini.

Sesungguhnya individu autism adalah unik. Tiada satu pendekatan yang sesuai untuk semua individu autism. Maka sebagai therapist, saya perlu cepat fikir, apakah jenis pendekatan yang paling sesuai untuk individu tersebut.

Kesimpulannya, saya harap agar setiap individu autism mendapat peluang untuk menerima perkhidmatan speech therapy walau di mana jua anda berada. Saya juga tak sabar nak tunggu NASOM Sungai Petani dibuka.

Selamat menyambut bulan autism sedunia.

image

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: