Anak 3 tahun.

Pada usia 3 tahun, kanak-kanak boleh menyambung 3-4 patah perkataan dalam satu ayat.

“adik nak beli mainan”
“jom la kita balik”
“ummi, tengok abang buat”
“abi nak pergi mana?”
“nak ikut abi”

Hampir 75% dari pertuturan hariannya boleh difahami. Ini bermakna, kanak-kanak masih ada sedikit pelat dari segi gabungan perkataan sukukata panjang.
Contohnya, anak saya Irham pernah menyebut “tinggal medunya” untuk perkataan sebenar ialah ‘meninggal dunia’.

Kanak-kanak 3 tahun juga boleh menerangkan lokasi dengan jelas seperti “atas meja”, “bawah katil”, “dalam besen”. Bagi kanak-kanak yang lambat bertutur, mereka lebih senang menunjuk saja guna tangan, atau sebut “ni”, “yang tu”, “kat situ”.

Kanak-kanak 3 tahun juga sering dilabel ‘kuat melawan’. Ini kerana mereka mula bijak menggunakan kata nafi dalam perbualan harian. Mereka sedar yang mereka ada kuasa untuk memilih.

Kanak-kanak yang lambat bertutur pula sebaliknya tidak mampu membuat penafian. Semuanya “ya” saja. Semuanya ambil yang hujung saja. Contoh jika kita tanya, “nak makan roti ke, makan mee?” dia jawab “mee”. Tapi bila kita tanya sekali lagi “nak makan mee ke, makan roti?” dia jawab “roti” pula.
Begitu juga jika kita tanya “kucing boleh terbang?” dia jawab “terbang”.

Kanak-kanak usia 3 tahun semakin cekap bertanya soalan. Semua yang dilihat ingin ditanya. Maka barulah ibu bapa sedar betapa banyaknya benda yang kita memang tak tahu.

Bagi kanak-kanak yang lambat bertutur, tiada apa yang ingin ditanya. Mereka terima apa saja yang disediakan seadanya.

Berikut adalah antara aktiviti menarik untuk rangsangan bahasa kanak-kanak 3 tahun:

1) Anak 3 tahun masih belajar untuk memahami warna. Sementara baju belum dilipat masih berlonggok, ajak anak asingkan baju tersebut ikut warna. Anda juga boleh minta anak anda asingkan penyepit baju ikut warna.

2) Anak 3 tahun juga masih belajar memahami konsep saiz. Oleh itu, anda boleh suruh anak anda asingkan sudu besar dan sudu kecil, asingkan pensel warna panjang dan pensel warna yang pendek.

3) Kanak-kanak lelaki minat robot manakala kanak-kanak perempuan minat anak patung. Gunakan permainan ini dan reka cerita pendek. Kemudian suruh dia ulang cerita tersebut.
Contohnya, “Ultraman dengar ada bunyi kuat. Ultraman terbang cari bunyi tu. Ultraman nampak kat pokok, ada api besar. Rupa-rupanya raksasa tengah tidur. Api tu keluar dari hidung raksasa”.
Jika anak tak boleh ulang, bantu dia perlahan-lahan dengan memberi clue.

image

Ruby Speech Therapy
Khamis & Jumaat : Permatang Pauh
Sabtu & Ahad : Sungai Petani
sms @ whastapp 0133109703

Advertisements

43 Respons to “Anak 3 tahun.”

  1. Salam..sy zamrina…ank sy 4 tahun masih sperti perkara yg puan tulis di atas…smpaikn adik dia yg berusia 3 tahun mejejaki peckapn yg sulung…sedih sy melihat ank sy xblh bertutur sperti knk2 seusia…kalo blk lg mesti org bertanya itu ini..kadang2 kita berasa sgt2 down dgn soalan mereka..bagaimana cr yg paling pantas untuk sy mengajar ank2 pandai berckp n berinteraksi dgn baik…? Trm ksh puan..

  2. mohd rizal ismail Says:

    Anak saya berusia 2thn 8bln…masih blm pandai bercakap, hanya sebut ayah=yah, mama=mama…makan=mam..kalau nak basuh tgn=nak cuh nan…., dia selalu bebual dgn saya tapi dlm bahasa dia saja yg faham….utk pengetahuan puan bln 10thn lepas dia menjalini pembedahan plagiocefaly

    • En Mohd Rizal: umur 2;08 patut boleh sambung 2-3 perkataan jd ayat mudah. jika dia boleh sebut “nak cuh nan”, itu adalah petanda baik. galakkan dia utk buat ayat 2-3 perkataan. cth : nak makan nasi, nak main bola, nak ambil bantal.

  3. Aleeza Ahmadun Says:

    Alhmdulillah…ank sy boy umo 3 thn 3bln,sjk beumur 1thn lbih boy sy dh pndai bercakap…dan sekarang mmg dh lncar dlm bercakap..syukur sgt2,pd sy as a mum kte kne latih ank dr kecil lg..kne selalu bercakap ngn ank dan paling pnting jgn sekali2 berckp pelat ngn ank….mesti ckp ngn ank dgn bahasa yg btul..cth:minum susu…jgn ckp minum cucu..btol x Pn ruby,

  4. Salam. Puan, sekadar mohon pendapat. Ank sya berumur genap 3 thn pd bulan ini. Tp masih kurang berkomunikasi dan bercakap. Sy pernah merujuk kpd speech therapist, katenya ank sy ada speech delay. Dua kali sy ikut program tu, mslh nya bla sy nk follow up lg ank sy xmo masuk dlm bilik doc, if paksa dia akan menangis sepanjang masa dan ajak balik. Ank sy boleh mengenal nombor 1-20, warna, shape dll dan dia lebih berminat bercakap in english sbb bnyk pengaruh kartun. Untuk makluman puan, ank sy mempunyai history fit febrile, demam sawan ketika berumur 1 thn 2 bln dan 1 thn 5 bln. Kekadang sy sedih n down, sbb org pikir dia autisme, sy da bwk ke pakar dan pakar mengatakan he’s not autistic. Tq puan.

    • pn Hanim tinggal di mana? mmg ada kanak2 yg trauma dgn hosp. mungkin pn boleh cadangkn kat speech therapist tu supaya rujuk anak pn ke terapi cara kerja. di sana ada byk aktiviti permainan yg melatih daya tumpuan dan tingkah laku kanak2.

  5. nur azuha zainudin Says:

    salam…..anak sy umur 3thn2bln,dia mmg sgt lancar bercakap,semua perkataan mudah faham….tp masalahnya kadang2 dia seperti gagap,dia ulang berkali2 sesuatu ayat tu….apa yg ptt sy buat…tema kasih

    • kadang kala dlm proses anak berkembang, dia jd gagap sikit. sebaiknya bawa anak berjumpa speech therapist utk nilai tahap gagapnya itu.
      semasa bersembang, dgr dia cakap sampai habis. jgn hentikan dia semasa dia tgh gagap. itu menerukkan keadaan.

  6. haizumlyana Says:

    Salam..syukur anak sy mula bercakap pd usia 1thn 7bulan dan sekrg umur 2thn4bulan boleh membaca doa or bercerita dgn lancar. Cuma dia tak pandai utk membunyikan sebutan yg ada huruf ‘ng’di belakang.cnth:pulang,maklang,sayang…
    semuanya akn bunyi pulam,maklam,sayam..
    itu saje mslh dia sekarang tp smpi skrg sy sntiasa betulkn n ajar cara sebutan yg betul.perkataan lain semua lancar..mcmmane ye puan..

    • bunyi ‘ng’ adalah bunyi lidah belakang. baru umur 2;04. dia masih belajar lg. ajak dia buat bunyi katak ‘ong ong ong’ atau nyanyi lagu doraemon ‘ang ang ang’

  7. anak saya skg 3 thn 2bln.. alhamdulillah percakapan dia lancar, mungkin byk bergaul dgn orang2 tua barangkali.. yea betul cakap rubyatika pd usia 3 tahun ni lah anak2 byk bertanyakan soalan.. jangan tgglkan soalan mrk tanpa jawapan sebolehnya jawab segala persoalan anak2..

  8. Anak saya berumur 3thn 2bln.lmbt bercakap.ada sejarah demam sawan dn jaundis smpi 15 hri.sy tlh hantar beliau ke sekolah barulah dgr dia bercakap.tp pelat.kalau susu dia sebut u, u…good morning dia ckp good moing…normal ke begitu?ada cara utk latih dia cepat bercakap?

    • kalau dia baru umur 2;04, maka logik lah dia sebut u’u utk susu. tp ni dah 3;02. jika masih tak boleh gabung 3 perkataan dlm ayat harian, bawa jumpa speech therapist berhampiran.

  9. ank sy berumur 3thun 2bln,dia ckp byk dn jelas perkataannye sampai org2 igt ank sy ni 5thun sbb ank sy tinggi.ank sy bile tgk citer kartun@drama kt tv,dia blh ceritakn blk kt kite tp kdg2 perkataan pertamanye di ulang?apakah sbb dia ni xminum susu formula smpe skrg ni ke?mcm2 jenis susu dh cube tp dia bg mcm2 alasan

    • susu xde kena mengena pun dlm hal bercakap ni. sebelum susu formula wujud di dunia, manusia mmg boleh bercakap kan? ulangan perkataan@ sukukata @ bunyi adalah masalah gagap. ini biasa berlaku dlm proses kanak2 membesar. perhatikan dia jika masalah ini semakin teruk atau semakin kerap muncul. jika semakin kerap dan disertai dgn ciri tingkah laku (mata berkelip, kepala tersengguk), maka segera bawa jumpa speech therapist.

  10. Puan…anak sy lelaki…umur nye 1thn 11bulan….setakat ni hanya mampu menuturkn prkataan ayah dan nak.. itu pn kadang2…tidak kerap…kerap menuturkn bunyi yg kite tidak faham..sy dan istri telah brusaha dgn slalu brcakap dgnnye..tunjuk sesuatu dan bgth benda itu ape namenye…slain itu ank sy ni suka pegang tgn sy atau org lain apabila hendak sesuatu..ank sy ini juga anak sulung kami…adakah ank sy mmpunyai masalah dan apa yg patut sy lakukan. Tq

    • En fahmi, segera bawa anak berjumpa pakar kanak2 atau speech therapist berhampiran.

      • Puan..skg ank sy dh 2 thn 2 bulan…ada prkembmgan ttpi terlalu sedikit…dia ade sebut..ayah…dan tata bile lmbai sy…..mslh nye semua itu..sprti spontan sj..mksud nya bile dia nk ckp…akn keluar lah..tp jarang2 sgt…sejak komen sy kt sini sebelum ni….shngga skg..baru skali dia sebut tata dan ayah….agak sukar utk brkomunikasi 2 hala dgn nya…sy slalu ckp dgnnya..tp ank buat mcm xfaham n xde respon…tp sy ttp trus brcakap dgn nye…masalahnye…istri dan kluarga mentua…xsokong sy utk bw anak brjmpe speech terapi…mereka kate normal ank lmbt ckp…mak mentua pngusaha taska..jadi sy serba salah apabila mereka ckp begitu…istri sy ckgu..sy pula kerja d hospital muar…sy tahu di sini ade ahli terapi…mcm mn puan…sy buntu jgk…sy tringin betul nk berbual2 dgn ank sy…………

      • jika en kerja di hosp, lebih senang. buat appointment utk jumpa speech therapist tu. bawa isteri, anak dan mentua sekali. speech therapist akan buat penilaian di hadapan mata semua dan akan terangkan apa masalahnya. pada waktu tu, mereka terpaksa terima hakikat kerana bukti di depan mata.
        ada beberapa perkara yg membimbangkan apabila En sebut ‘sukar utk komunikasi 2 hala’ ‘buat mcm tak faham n xde respon’. ini amat membimbangkan.
        bawalah anak anda berjumpa speech therapist walau apa cara pun, demi masa depan dia.

  11. Salam…ank sy dh 3 thn 6 bln, mmg fasih sgt bckp n bcerita…ape bende yg die tgk mst die akn tnye…sy n suami smp dh khabisan jawapan nk jwb soalan die…hehe. Bile tnye kt die ‘abg x tau ker aper bende tu…die jwb abg tau tp nk mama n papa tlg jwb’ smpkn kitorg tgelak. Sape2 yg jmpe die sume ckp die becok @ talkative…adakah normal pn rubyatika?

  12. Salam…ank sy dh 3 thn 6 bln, mmg fasih sgt bckp n bcerita…ape bende yg die tgk mst die akn tnye…sy n suami smp dh khabisan jawapan nk jwb soalan die…hehe. Bile tnye kt die ‘abg x tau ker aper bende tu…die jwb abg tau tp nk mama n papa tlg jwb’ smpkn kitorg tgelak. Sape2 yg jmpe die sume ckp die becok @ talkative…adakah normal pn rubyatika?

  13. Salam.anak sy skrg dh 2thn3bln.tp dlm kategori lmbt btutur mcm yg puan trgkn di ats.dia blh menyebut prkataan yg hjung sj.adakah ia normal dn dlm proses utk bljr

  14. Nur Izzati Says:

    Assalam puan…anak lelaki sulung saya berumur 3 thn ++..tapi msh blum bertutur dgn lancar dan myambungkn ayat..dia cuma boleh mnyebut satu persatu ayat dan msih pelat dgn bhsa bayi..kmi sudah mrujuk kpda speech therapist dan myarankan dia bsekolah utk meningkatkan kmahiran pertuturan serta sosialnya..akn ttpi ketika disekolah dia lgsg x mahu bcakap dan hanya berdiam diri jika ditanya soalan oleh gurunya..yang mhairankan saya apabila di rumah dia byak bercakap, menyanyi lagu2 yg dipelajari di sekolah, mhafal alphabet dan figure one until ten dgn jelas sekali..sedangkan di sekolah gurunya mjelaskan dia malu dan x mahu melibatkn diri dlm xtvt nyanyian dan sbgainya…bgaimna dan apa yg harus saya lakukan utk meningkatkn keyakinan diri anak saya utk bertutur puan?mohon pcerahan…terima ksih

    • masalah begini sering terjadi. kami memanggilnya ‘selective mutism’. bincangkan isu ini dgn pegawai terapi anda. sy yakin dia lebih memahami kekuatan anak anda.

  15. Saya nk tnya normal tak kalu anak saya yg ber umur 2 tahun akan mengis apabila dia menonton drama melayu dia seolah2 memahami jalan cerita atau kesedihan yg cuba pelakon tonjolkan….normal kan anak saya…masalah bukan satu drama dah lebh kurang 3 atau 4 drama

  16. alhamdulillah anak saya yg sulung cakap dgn petah sekali. umur 3 tahun tapi suka membebel mengalahkan neneknya. saya buat sama mcm saranan sis la. since umur setahun kena rajin menyembang dengan dia. borak2 dengan dia. bila tengok tv, saya mintak dia ceritakan sikit jalan cerita yg dia tgk. so far alhamdulillah. seronok bersembang dengan dia. especially bila waktu saya sedih, mcm memahami dia akan tanya, ibu sedih ke? kenapa ibu sedih? sape buat? hmm. now, adek dia baru 8 bulan dah pndai mengajuk bunyi plak. huhu.

  17. ninjalil Says:

    puan boleh beri cadangan speech therapist di melaka. anak sy 3 tahun 2 bln tp masih bercakap pelat (seperti baby) boleh menyambung ayat mudah..jika diperhatikan, mmg jenis yg lmbt tangkap. sbb kalo menyanyi lagu yg sama setiap hari pun masih menyebut hujung perkataan shj..sgt merisau kn sy. terima kasih.

    • umur 3 tahun mmg ada pelat2 lg. tp patutnya dia boleh gabung sukukata, cuma mungkin ada hilang konsonan pertama. jika rasa ragu2, bawa anak jumpa speech therapist utk buat penilaian.

  18. salam puan,
    Anak saya genap 3 tahun bulan ni..dia ada masalah pertuturan..dia hanya sebut hujung perkataan sahaja contoh habis..bis..dia suka menyanyi..tp x jelas tutur katanya..tak banyak perkataan yang dia boleh sebut..kalau dia nak sesuatu dia akan amik tangan saya tunjuk barang yang dia nak..masa dia berumur 2 thn lebih…dia boleh sebut abah..ma..tp sekarang dia payah nak sebut..walau perkataan basic..dia peka dengan bunyi..tapi bila saya panggil nama dia..dia buat dont know jer…toleh sekali pastu continue main..dia mmg active..mintak puan beri penjelasan..
    Terima kasih.
    Salmi

    • bawalah anak berjumpa speech therapist berhampiran utk penilaian. perkataan yg hilang ialah antara petanda masalah pertuturan. bahasa kanak2 sentiasa berkembang. ia takkan hilang.
      saya cadangkan pn google tentang ciri2 autisma. jika tiada kaitan, alhamdulillah. jika ada kaitan, segeralah bertindak demi masa depan anak pn.

  19. nor arina Says:

    salam puan…
    anak perempuan sulung saya akan genap 3 thn pd bln jun tahun ini..tp mslh nye di msh pelat .. dia hnya sebut sukukata y akhr shj.. contohnye,”hndk ikt jugak” tp dia sbt “nak kot gak”…kadang2 dia ske bercerita tp bl bercerita ayt pnjg, hnya perkataan y akhr shj sy blh fhm.. blh puan bg pndpt?

  20. rosazlina Says:

    Salam, saya puan ros. Anak saya 3 tahun 2 bulan. Anak saya banyak terpengaruh dari tv dan cartoon. Dia hanya dapat bertutur dlm bahasa inggeris , contohnya, “ibu i want susu” “where’s ayah?” “Ayah, there you are” “adik, no touch” , “its too high”….baca doa makan pelat tapi ada bunyi hujung2….cuma bahasa melayu dia terlalu sikit kosa kata nya….saya risau sebab first language kami di rumah adalah bahasa melayu.

    • biasanya jadi begini sebab anak tu lama di depan tv atau main gadget yg applikasinya berbahasa BI. kurangkan tv, tambah aktiviti bersama anak pn. banyakkan bercerita menggunakan buku cerita bergambar dgnnya….dgn BM.

  21. As salam puan,

    anak lelaki saya kini berusia 2 tahun 5 bulan..percakapannya masih tidak jelas..setiap percakapannya sukar difahami..tetapi bila diajar setiap 1 perkataan dia boleh mengikut dgn jelas.cuma bila dia mahu mencipta ayat sendiri mmg agak sukar difahami.(bhs german/cina semua ada) adakah normal pada seusia begitu?dari segi pergaulan memang tiada masalah..cuma masalah pertuturan 2 hala yang bermasalah.Setiap arahan yang diberikan dia boleh mengikuti dengan betul..adakah saya perlu refer speech teraphy pada usia anak saya sekarang atau tunggu genap umurnya 3 tahun pada bulan 9 ini?..mohon puan dapat membantu. Terima kasih

    • pada umur 2;05, memang anak2 pelat bercakap. biasanya dia sebut hujung perkataan seperti ‘nak cu’ (nak susu). tp pd umur ni, dia boleh sambung 2 perkataan jd ayat mudah (nak ikut, nak tu, jom balik, adik punya).
      pn sudah boleh mula mencari speech therapist berhampiran utk buat penilaian. jika tiada apa2 masalah, alhamdulillah. jika ada yg perlu dilatih, maka latihan pd umur muda ini adalah lebih mudah berbanding apabila umurnya makin meningkat.

  22. Assalamualaikum.. Anak saya sudah berusia 2 tahun tp masih tak bercakap.. Cuma myebut ma dah nak tak… Bila sy n suami meminta atau bercakap dgn dia, dia memahami. Normal ker mcm tue atau…. Tolong sy..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: