Latih bercakap dari umur setahun

Anak umur setahun kebiasaannya baru nak bertatih atau mungkin baru mula berjalan.

Mereka sibuk nak explore dan mengutip barang-barang yang dijumpai. Lebih membimbangkan ialah mereka kutip, masuk dalam mulut.

Ada ibu bapa yang tak sabar nak dengar anak mereka bercakap. Tak sabar nak dengar anak panggil ‘mama’, ‘ummi’, ‘ibu’, ‘mak’ dan sebagainya.

Ada kanak-kanak yang amat cepat mengeluarkan perkataan pertama. Umur 1:06 sudah boleh menyebut mama, abah. Tapi ada juga yang agak lewat, umur 1;08 baru nak sebut mama.
Pada usia setahun, kanak-kanak mula membuat bunyi bebelan seperti ‘bababa’ atau ‘dadada’. Dia bermain-main dengan anggota mulut dan lidahnya sendiri dan dengar suaranya sendiri.

Ini adalah perkembangan fitrah kanak-kanak. Bagi kanak-kanak yang tiada masalah pendengaran, bebelan ini akan berkembang menjadi perkataan. Tapi bagi kanak-kanak yang ada masalah pendengaran, bebelan akan berhenti begitu saja (bergantung pada keterukkan masalah pendengaran yang dialami).

Pada peringakat umur setahun juga, kanak-kanak memahami konsep interaksi 2 hala. Sebab itulah permainan ‘aum cak’ dan ‘agah-agah’ amat digemari oleh kanak-kanak pada usia begini. Ini kerana interaksi melibatkan konsep tunggu, lihat dan dengar, kemudian muncullah hasilnya.

Kanak-kanak yang mengalami autism kebanyakkannya tidak memahami interaksi sebegini. Mereka lebih gemar bersendirian. Di negara kita, saringan autism dibuat di klinik kesihatan dengan menggunakan MChart semasa ibu bawa anak untuk dapatkan suntikan pada usia 1;06. Melalui saringan MChart, kanak-kanak yang mengalami autism dapat dikenalpasti dengan lebih awal dan membolehkan intervansi awal dilakukan. (Rozila bt Sumardi, SLP Hosp Sg Buloh)

Ramai ibu bapa yang bertanya, apa yang perlu dibuat untuk melatih anak bercakap seawal usia setahun?

1) katakan TIDAK kepada tv, hp, permainan tablet touch screen. PANTANG bagi kanak-kanak usia setahun.
– nak bagi juga, itu hak masing-masing. Saya cuma mampu beritahu apa yg saya tahu saja.

2) Nyanyi sambil bergaya. Kalau nyanyi lagu kucing, buat gaya kucing (misai di pipi), kalau lagu lembu, buat gaya lembu (tanduk di kepala).

3) Ajar tunjuk. Anak usia setahun amat mahir menunjuk apa saja yang menarik minatnya. Latih dia tunjuk anggota badannya atau tunjuk orang-orang yang sering ada disekelilinganya.

4) Latih anak ikut arahan. Contohnya minta anak ‘bagi bantal kat ayah’, atau ‘tutup pintu’, atau, ‘ambil kasut’ atau ‘simpan dalam bakul’.

5) Sentiasa beri pilihan. Nak bola atau belon? nak cawan biru atau hijau? nak baju bunga atau baju riben? nak tuala putih atau belang-belang? nak pakai bedak atau nak sikat?
– sambil tunjuk, sambil tanya. jangan cakap atas angin. ingat, dia baru umur setahun.

6) Biasakan bercakap sambil tunjuk isyarat mudah. Contohnya bila kita sebut ‘sedap’, kita buat isyarat ibu jari. Bila kata ‘habis’, kita buat kibas tangan. Bila kata ‘letak’, kita tunjuk jari ke bawah. Bila kata ‘busuk’, kita buat kibas tangan di hidung.

7) Bercakap semasa anda ‘proses’ anak anda, termasuk ketika mandi, pakai baju, basuh tangan, makanan tumpah, kutip mainan bersepah, sikat rambut, letak bedak dan sebagainya.
Ramai ibu bapa yang ‘nak cepat’, ‘banyak benda lain nak buat’, ‘letih balik kerja’ dan macam-macam hingga terlepas pandang bab yang amat penting ini.

8) Gunakan intonasi yang pelbagai, menggunakan ayat pendek dan sebutan yang jelas.

9) Hargai sebarang usaha yang ditunjukkan oleh anak untuk berinteraksi. Lihat memek mukanya dan cuba fahami kehendaknya.

image

Ruby Speech Therapy
Ambangan Height
Sg Petani.
sms @ whatsapp 013-3109703

Advertisements

14 Respons to “Latih bercakap dari umur setahun”

  1. tqvm… saya seorg ibu yg baru ada baby usia 10 bulan sy akan cuba praktikkan.. 🙂

  2. Lovely mine Says:

    Tq… Good info… Anak baru 10 bulan, tp mulut potpet2 bahasa dia je la…

  3. mazrinah Says:

    Anak saya da 2 tahun tp malas nak cakap huhuhu…

  4. bercakap dengan anak dengan menggunakan bahasa yang betul dan mudah… rajin berborak dengan mereka seolah-olah mereka faham apa yang kiter cakapkan.. insyaalah ader hasilnyer…. anak saya baru 1thn9bln… alhamdullilah sudah boleh bercakap

  5. nur farhana Says:

    Assalam. Ank saya bln depan 1thn6bln. Setakat ni bleh sebut “nak” “nanak” je… tp alhamdullilah bleh faham arahan klu sya kata jgn buat, ltak ats meja etc n suka main cak cak… cuma sgt gemar tgk cartoon hi5, pocoyo, mickey mouse di tv n di tablet sya sbb dia suka ikut menari.. adkah memudaratkn dia slalu tgk tablet?

  6. salam,
    boleh saya tau ruby speech ada cawangan di puchong tak? saya ada masalah anak umur 5 thn yg masih pelat dan tak pandai membaca lagi….masih xlancar percakapannya…tapi badan anak saya cubby…..

  7. Ank sy sda 2 thn 3 bulan tp x pandai bcakap. ABC dia hafal n knl huruf. 1-10 pn dia hafal tp x tau mcm mna mo minta sesuatu. Dia x pndai sebut mama papa. Dia jg x fokus klu kta bcakap. Dia dgn dunia dia sndiri ja. Mcm mna mo tarik prhatian dia agar bole bcakap?

    • bawa anak jumpa pakar kanak2 dan minta rujukan ke speech therapy. cuba baca artikel mengenai autism. jika tiada kaitan, alhamdulillah. tp jika ada kaitan, maka segeralah bertindak. beberapa petanda melalui tulisan pn seperti ‘dia dgn dunia dia sendiri’ ‘xfokus kalau kiva bercakap’ ‘dia hafal ABC, kenal huruf 1-10’. ini adalah antara petanda yg membimbangkan.

  8. cara2 itu dapat motivate sy utk mengajar anak dan fahami apa kehendak anak kita

  9. Biasanya umur berapa ye baby dah boleh sebut first word selain mama n baba?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: