Anak tak bercakap @ tak faham?

Kebiasaannya ibu bapa berkata, ‘anak saya boleh faham semua. kita suruh apa pun, semua dia boleh buat.’

Namun apabila sesi penilaian dibuat, rupanya-rupanya bukan semua yang difahami. Kebiasaannya kanak-kanak yang lewat bertutur hanya faham perkara rutin dan barang yang berkaitan dengan dirinya sahaja. Malah ada juga yang hanya boleh faham objek, tetapi tidak boleh memahami gambar.

Bagi kanak-kanak yang bercakap, secara automatik kita tahu dia faham apabila dia menyebut perkataan tersebut.

Tapi bagi kanak-kanak yang belum boleh bercakap, bagaimana untuk kita tahu bahawa dia tahu?

1) tunjuk barang.
– tv, bantal, sikat, tuala

2) tunjuk anggota badan.
– kaki, tangan, rambut, mata

3) tunjuk barang @ badan siapa.
– mata ayah, rambut mama, kaki adik

4) angguk atau geleng kepala.
– nak main? (angguk) – nak simpan? (geleng)

5) ikut arahan pendek
– mai sini, duduk, tutup pintu, bagi mama

6) ikut arahan panjang
– ambil bola, bagi kat abang.
– ambil pensil, letak atas meja.
– simpan bedak dan sikat dalam laci.
– ambil pen bagi kat ayah, sikat bagi kat kakak.

Perhatikan sama ada anak boleh terus memahami dengan sekali arahan saja, atau ibu perlu ulang arahan berkali-kali sebelum anak buat.

Dalam sesi terapi seringkali didapati bahawa anak menunjuk mata, sebab ibu buat mata kenyit-kenyit. Kemudian anak tunjuk hidung, sebab ibu tanya ‘macam mana busuk?’ Ini tidak dikira sebagai kefahaman hakiki anak-anak.

Selain itu ada juga ibu yang memberi arahan sambil tunjuk dengan tangan. Contohnya, ‘ambil sikat ni (tangan ibu tunjuk sikat), bubuh dalam kotak (tangan ibu tunjuk kotak). Jika begini, anak yang ada masalah pendengaran juga boleh ikut arahan tersebut.

Kesimpulannya, bagi ibu bapa yang mempunyai anak lewat bertutur, latih daya kefahaman anak anda. Luaskan kosa katanya.

image

Tapi ada juga kanak-kanak yang tidak mahu menunjuk dan tak mahu ikut arahan yang diberikan. Dia nak main dengan caranya sendiri sahaja.

Jika sudah usia 2 tahun, tak bercakap, masih tak nak tunjuk-tunjuk dan tak nak ikut arahan, maka segeralah bawa ke speech therapy berhampiran.

Selamat berusaha.

Ruby Speech Therapy
Ambangan Height, Sg Petani.
sms @ whatsapp 0133109703

Advertisements

42 Respons to “Anak tak bercakap @ tak faham?”

  1. Fatimah hashim Says:

    Slm..ank sy lelaki berumur 1tahun 6bulan pada 5/2/14 yg lepas..dia memang tak boleh bercakap lagi,panggil mama papa pun jarang..tapi faham ape yang kami cakap,contohnye ‘mama buat susu,syg pergi ambil bantal’ memang dia akan buat.disuruh duduk,buka baju,ambil tuala,letak botol susu atas meja,tutup pintu memang dia akan buat walaupun kami tak tunjuk ke arah objek..soalan sy adakah anak sy lambat bercakap atau ada masalah lain?terima kasih untuk info

  2. aisyah mahmood Says:

    anak saya sudah berusia 1tahun 10bulan tapi belum byk berckp.

  3. Info yang sangat berguna…

  4. khairiah binti zakaria Says:

    Puan,sy ada anak lelaki berusia 2 tahun 1 bulan..
    sekarang sy perhatikan ank sy lambat bertutur.
    Susu pon dia belom tahu menyebut.apa yg dia boleh sebut setakat ini hanyalah ayah,mekasih,hello,adik,dah,baba,mama,papa.diamemahami arahan seperti duduk,simpan balik,tutup pintu.
    Sekarang soalan sy adakah anak sy perlu berjmpa speech terapy?

    • umur 2 tahun patut ada lebih banyak perkataan termasuk barang harian dan anggota badan. dia juga patut mula berlatih utk sambung 2 pkataan jd ayat mudah.
      sebaiknya jumpalah speech therapist berhampiran utk buat penialaian.

  5. ank kedua sy berumur 3 thn sebln..die x pandai bercakap n x blh paham…die ade suara n bl dipanggil die akan menoleh…masih pakai pampers..

    • Pn Wani, bawa anak berjumpa pakar kanak2 berhampiran. kebiasaannya dr akan rujuk ke audiologist utk buat ujian pendengaran dan speech therapy.

    • anak saya 3 thn x jugak pandai bercakap.. cuma boleh panggil abah, umi dan mintak susu.. saya risau dan bawak jumpa pakar ENT.. bila buat sound check, anak normal. rujuk plak ke pakar pertuturan. yg heran semasa terapi pertuturan, anak sy boleh menjawab byk soalan mudah dgn betul walaupun x di ajar dirumah. sekarang dh berusia 5 tahun.. pandai betu bercakap pada usia 3 thn 5 bln.

  6. pn.nur asikin Says:

    Puan….anak sy sudah berumur 2thn 3 bln….hya blh menyebut namanya, mak , kakak, susu….
    lain perkataan blm blh…..setiap arahan dapat difahami…ttp ttp tidak dpt lagi bercakap…
    perlu kah sy bwk terapi…

  7. Anak saudara saya lelaki berumir 2 tahun 4bln., masih tidak boleh bertutur… Namun dia memahami setiap apa yang kita arahkan dan percakapan kita…. Cuma dia terlalu aktif dan terlalu kurus bagi saya dan hanya bercakap menggunakan ‘bahasa’ mereka sahaja… Adakah perlu dirujuk kepada pakar atau ada teknik latihan yang perlu ibu bapanya praktikkan….??

  8. anak saya setahun 10 bulan.. tidak bole bercakap lg..mcm xpaham arahan.. cuma toleh kalu kita panngil nama dia sahaja.. sebelum ni dah paham sikit2. tp since saya bersalin hari tu, kurang bg perhatian kt dia, dia mc dah xpaham dah..

  9. Salam,anak perempuan sulung saya berumur 2thn 5bln,bercakap dengan bahasa yang tidak difahami,suka meniru perkataan disebut oleh kartun yg ditonton,arahan yang saya beri dia faham tapi seperti buat2 tak faham,buntu saya dibuatnya,

  10. adakah kanak2 yg lewat bercakap merupakan simtom drpada autism.. bagaimana utk atasi masalah ini?

  11. anak sy berumur 5 tahun pd tahun ni, tp dia br berumur 4 tahun 2 bulan sbb dia lahir pd hujung tahun..sy dapati anak sy cuma blh bt ayat dlm 4 patah perkataan..”mommy, tgk adek nangs”, sy bimbang&refer ke ENT, chek telinga, ok mmg ada mslh dgn tiub ada bendalir, kesan kerap selesema..lps tu refer utk audiology terapy..dia kerap x bg kerjasama bla doc sruh letak mainan(arahn yg doc suruh) ms sesi terapy..sy x pasti dia x fhm@dia x dgr sbb tlingan msh problm..lps tu doc kt my b ms bby kena prolondg jaundis so efek pd telinga dia, dia kurang mdgr, x jelas..soalan sy skg:mcm mn sy nk latih dia blh bckp dgn lancar, mmg sy byk kenalkn objek pd dia..dia blh dgr apabila kita pangil, dia blh bt apa benda yg kita arah..sy sruh tulis huruf pn dia blh tulis, ada setengah huruf dia dh mula kenal, tp mmg kena sabar dgn dia..blh bantu sy b.mana sy blh bimbing dia spaya dia blh bckp dgn lancar..??

  12. Salam,ank sy 3thn 6bln.die mula berckp pd umur 2thn lbh.skrg masih pelat dan kadang kala sy xfaham..tp sudah boleh mengenal abjad a-z,nombor 1-20,byk objek di dlm dwibhasa.boleh berkomunikasi seperti abg dah mandi,dia akn jawab abg dah mandi..klu na tahu lebih,sy kbe tny,siapa mandikan?die akn jawab nenek mandikan..adakah normal?klu perlu ke speech therapiest bgmana n dimana,sy tinggal di jb.
    Terima kasih puan

    • umur 3:06 mmg masih pelat lg. bunyi r dan l mungkin agak pelat. dia patut boleh buat ayat 3-4 patah perkataan. jika sudah usia 4 tahun dan masih ada pelat, bawalah anak berjumpa speech therapist utk buat penilaian.

  13. Salam, terima kasih. Blog ini sgt2 bermakna dan membantu saya. Anak lelaki saya 3:01. Baru berjumpa ent. Dan normal katanya. Sewaktu ujian bunyi2, sama ada anak saya faham atau tidak konsep “bunyi, letak barang, bunyi letak barang”. Doktor simpulkan, anak saya tak faham konsep dan cepat boring. Next appointment dr nak buat ujian guna ubat tidur pula. Sebab anak saya dapat selesaikan puzzle yang doktor sediakan dengan mudah. Cuma itu lah. Konsep tunggu bunyi dlu, baru letak x difahami. Tapi, adakah ujian macam ni ok untuk budak 3tahun?
    Apa yang saya buat sekarang, ikut nasihat puan bagi tu. Semasa mandi, makan, minum, main, saya akan bercakap dan bercerita, bunyi macam2 dgn dia. Tapi, saya takut terlalu banyak vocab yang sy cuba bagi, nanti susah pula nak terima. Cara seperti ini, boleh ke… jom, mandi. Masuk tandas. Kita sabun badan, tangan. Sejuknya…
    T.kasih sekali lagi. Keep on posting, ouan. Semoga Allah balas budi baik puan berkongsi di sini.

  14. Askm..untuk makluman..anak saya sudah dibawa ke speech theraphy dan menjalani beberapa sesi…tetapi dia tidak didiagnos sbg autism, ttp doktor mengatakan mungkin perkembangannya lambat sedikit dan perlu diajar untuk membuat sesuatu..speech therapist yg ada tidak ramai, dan anak saya telah tertinggal appoinment dan sudah 5 bulan tidak mengikuti sesi speech theraphy..skrg saya sudah menghantar anak ke sekolah tadika (usia 4 tahun)…dia boleh menghafal sedikit apa yg diajar..dia boleh bercakap sedikit dan menyuarakan kehendaknya..contoh nak makan nasi…nak goreng pisang…tetapi tidak boleh berkomunikasi dua hala kerana tidak faham ayat soalan….contoh kalau kita tanya ‘buat apa di sekolah?’ dia tak boleh menjawab soalan..bagaimana saya nak mengajar dia menjawab soalan?

    • utk ajar jawab soalan, pn kena bg sedikit skrip kat dia. ulang sekerap boleh, soalan yg sama dgn jawapan yg sama.
      bantu dia sedikit demi sedikit hingga dia boleh jawab sendiri.
      mulakan dgn soalan mudah, “nama siapa? umur berapa tahun? tinggal kat mana? suka makan apa? suka tgk tv cerita apa? tadika kat mana? siapa nama kawan?”

  15. Salam puan, anak sy lelaki thn ni baru 4thn.. Sblm ni dia mmg ada masalah nk bercakap. Dia sbnrnya boleh bercakap tp masalahnya dia mcm berat sgt nk buka mulut. Dia lebih prefer utk tunjuk klau nk something. Alhamdulillah since saya dan husband mula mengajar dia mengaji.. Dia dh mula belajar bercakap dgn menyusun ayat yg betul. Adik dia (perempuan) jauh lebih petah berckp berbanding dgn abg dia

  16. anak saya pompuan umur 2 tahun 1bulan belum boleh bercakap, dia boleh sebut mama, lala tu je yg ‘clear’ sgt sebutan dia. tapi dia sangat aktif bermain. saya baru nak bawa dia jumpa psychologist utk further assesment. kalau saya minta barang die xnak ambil saya kelru dia faham ke tak. my history, my eldest son was diagnosed as severly autism disorder. no communcation and now he is 10yrs old. any supportive advice Puan Ruby?

    • umur 2;01 patut boleh faham arahan mudah (pergi ambil sikat, gi tutup pintu, bg ayah bantal). kalau masih tak boleh, mmg kena pergi jumpa 1) audiologist ; utk rule out hearing problem. 2) child psychiatrist utk rule out autism.
      apa pun diagnosisnya, intervansi awal adalah yg terbaik.

  17. izan hashim Says:

    Di mana sy boleh bwk anak sy utk bt test yg boleh mengesahkan bhw anak sy autism @ tidak. Sedang bt treatment di klinik pakar kanak2 tp mcm tiada penghujungnya. Umur anak sy 6 thn. Next yr dah school.

    • minta pakar kanak2 itu rujuk anak pn ke pakar psikirltri kanak2. mmg bukan semua pakar kanak2 tahu ttg autism. ada yg mmg tahu, tp mereka tidak yakin utk mengesahkan tahap keterukkan autism itu.

  18. Ank sy akn berumur 5 thn pd hujung ini. Namun masih belum boleh bertutur / berborak secara lgsg..kdg2 bila di soal..dia x tahu utk jwb soalan..tetapi kalau dia suruh menghafal..dia boleh..pd usia 2 thn 1/2 dia sudah blh mgenal & membaca huruf & no. Tp utk bercakap mggunakan ayat yg pjg amat rumit sehingga cikgu disekolah mgatakan ank sy hdup dlm dunianya sendr..apa yg perlu sy buat..terima kasih

  19. Salam Puan,
    Anak saya lelaki, border line premature, lahir bawah 2.5kg. Sekarang berumur 1 tahun 5 bulan. Anak saya masih lagi tidak dapat menyebut apa2 jenis perkataan. Saya dan suami melatih dia setiap hari dirumah tetapi dia seperti tidak fokus tambah-tambah apabila TV dibuka. Dia juga seperti tidak faham arahan ex: suruh ambil barang. Kalau panggil dia kadang-kadang menoleh kadang-kadang tidak. Adakah ini ciri-ciri autism?

  20. umi aisyah Says:

    Salam,anak saya umur 2 tahun 2 bln,masih belum pandai bercakap,tp faham apa yg sy suruh,tido duduk,mandi,buka baju..kalau dy nak mintak sesuatu dy cuma tujuk..

  21. mamidanish Says:

    salam puan.Anak saya lelaki umur 2thn1bln,masalahnya blm pandai berckp tetapi terlalu aktif bergerak,melompat,memanjat.paham apabila di suruh bersalam,give me five n bye bye..suka menonton tv..adakah ciri2 hyperaktif or autism

  22. Salam Pn, sejak anak sy berusia setahun sy sering mengikuti blog ini sbb byk info berguna yg Pn kongsi di sini. Anak sy premature dgn berat kurang dr 2 kilo..penghujung dec ini dia akan mask 3 thn tp masih belum pandai bercakap. Tp mulut bising dan tak henti menyanyi bermacam lagu tp dgn bahasanya sendiri. Bermacam bunyi dia buat tapi satu pun x boleh difahami. Dia juga sukar memahami arahan mudah dan kadangkala seperti tidak memahami apa pun yang sy cakap. Tp dia mahu bermain bersama bila diajak dan tak pula nampak macam dalam dunianya sendiri. Dah jumpa ENT tp normal, skarang sedang tggu appoinment dgn CDC tp appoinmentnya hanya Jan 2016. Apa yg perlu sy buat..ad aka anak sy bermasalah?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: