Pelat dan Perkembangannya.

Semasa anak-anak baru nak mula belajar bercakap, mereka mengeluarkan bunyi sahaja. Lama kelamaan bunyi itu disertai dengan intonasi suara.

Dari intonasi itulah maka para ibu dapat memahami kehendak anak mereka, sama ada anak itu sakit, marah, manja atau gembira.

Apabila usia menginjak kepada 2 tahun, perkataan yang disebut semakin bertambah. Namun kebanyakkannya hanya ‘hujung-hujung’ saja. Contohnya ‘makan’ disebut ‘kan’ dan ‘mandi’ disebut ‘ndi’ saja.

Semakin umur meningkat, kemahiran mendengar juga semakin maju. Anak-anak mula sedar bahawa wujud ‘sukukata’. Maka sebutan perkataan ditambah bunyi ‘a’ di hadapan. Contohnya ‘tangan’ disebut ‘angan’ dan ‘kunci’ disebut ‘aci’.

Bunyi-bunyi bibir seperti ‘m, b, p’ adalah lebih mudah untuk disebut berbanding bunyi belakang seperti ‘k,g’.
Oleh sebab itu, kebanyakkan kanak-kanak menukar bunyi ‘k’ kepada ‘t’. Perkataan ‘kakak’ disebut ‘tatak’ atau perkataan ‘pokok’ disebut ‘potok’.

Selain itu, kanak-kanak juga sering menghilangkan bunyi konsonan pertama dalam perkataan. Contohnya perkataan ‘rumah’ disebut ‘umah’, perkataan ‘sikat’ disebut ‘ikat’.

Semua jenis pelat yang dinyatakan di atas adalah antara proses kanak-kanak belajar untuk bercakap, sebelum menjadi penutur mahir.

Proses ini juga dipanggil proses fonologi. Ianya hanyalah suatu proses perkembangan dan bukanlah suatu masalah kecelaruan pertuturan.

Namun, ia adalah MASALAH sekiranya telah masuk usia 4 tahun dan masih bercakap pelat hingga SUKAR DIFAHAMI.

Masalah pelat kanak-kanak boleh terjadi atas beberapa sebab:
1) masalah pendengaran.
2) masalah lidah terlekat (tongue tie).
3) masalah lewat perkembangan bahasa.
4) masalah sumbing (cleft lip palate)
5) sindrome tertentu yang berkaitan dengan kelainan saiz lidah dan rahang.
6) masalah tumpuan.

Tahukah anda?

– ada kanak-kanak yang bercakap pelat, tapi begitu yakin dengan sebutannya dan berasa dirinya betul.

Kemahiran ini berkaitan dengan kesedaran diri atau ‘self awareness’.

Kadang kala, kanak-kanak boleh menyebut perkataan dengan betul apabila kita suruh dia ikut sebut. Tapi apabila dia cakap spontan, ia menjadi pelat semula.
image

Cuba anda bermain perkataan ‘hampir sama tapi berbeza’ dengan anak anda.

– topi @ kopi
– mangga @ tangga
– batu @ satu
– kaki @ daki
– susu @ sudu

Selamat mencuba.

Ruby Speech Therapy
Sms @ whatsapp 0133109703

Advertisements

21 Respons to “Pelat dan Perkembangannya.”

  1. Haha….teringat kat anak….bila bercakap amik yg hujung2 jer… tp kwn sebaya dia girl, petah lak bercakap… ank sy boy… org kt boy ni bckp lmbt sikit.. betul ke? Tp kira ibu faham jugaklah walau dia bckp yg hujung2 jer..

  2. Salam. Saya baru jumpa blog puan. Masih belum khatam baca lagi. Banyak input yang berguna untuk saya.

    Anak saya lahir dengan cleft palate dan pierre robin syndrome. Umurnya sekarang 1 tahun 4 bulan. Saya tidak pasti tahap pertuturannya bagaimana. Setakat ini dia boleh menyebut ‘air’ dengan betul dan jelas dan memang merujuk kepada air. Selain itu dia menyebut tayar sebagai ‘yaya’ dan layang-layang sebagai ‘yayayaya’. Makan disebut ‘am am’.

    Komunikasinya lebih banyak menggunakan bahasa isyarat atau menunjuk kepada benda yang dimaksudkan. Dia memberi arahan dengan menarik tangan kami dan menunjuk kepada benda yang dimahukan. Dia boleh memahami arahan-arahan mudah.

    Saya tidak pasti jika kami berada pada ‘track’ yang betul. Menunggu saat dia boleh bercakap memang mendebarkan sebab doktor ada maklumkan dari awal dia mungkin akan lewat bercakap, atau berbunyi sengau. Tetapi saya masih mengharapkan keajaiban. Setakat ini dia sedang dalam perhatian klinik audiologi dan ENT, belum mula speech therapy lagi.

  3. Anak lelaki sy akan genap 4thn jun thn ni.. Tp masih lagi pelat hanya bermain dgn tablet (visual) & mainan (cars) shj. Kalau diajak berbual dia hnya berckp psl kereta mainan shj. Mcmne sy nk memupuk minat dia belajar?

    • pn liza : kanak-kanak memang belajar sambil bermain. pelbagaikan jenis aktiviti permainannya dan kurangkan tempoh dia bermain tablet kerana itu tidak melatih kepelbagaian sensori.
      boleh google aktiviti untuk kanak2 4 tahun.

  4. Salam..bagaimana kalau anak 4 tahun menyebut huruf r dengan sebutan l.. contohnya lorry bunyinya loly..red bunyinya led.. perlukah sy risau atau pelat ini akan hilang?

  5. Salam,
    Anak saya perempuan berusia 3 tahun 4 bulan. Pelatnya agak teruk sehingga jauh berbeza bunyinya. Contoh:
    ceghonet = monyet
    tandi = mandi
    kupu = lembu
    tutih = putih
    pomok = gemuk
    tenok = tengok
    buta tan = buka kan
    utan = sukan
    icing = kencing
    terak = berak
    dan banyak lagi perkataan lain terutama perkataan yang memerlukan bibir dirapatkan.
    Tapi dia sangat yakin bercakap dan boleh membina ayat dengan baik. Cuma masalahnya pelat sahaja. Puas saya ajar sebut satu perkataan dengan sukukata secara terpisah, dia ikut tapi bila spontan jadi pelat balik. Apa komen puan? Adakah makan masa untuk memperbetulkan sebutannya?

    • tahniah kerana pn dapat membuat senarai sampel perkataan yg disebut. umur 3;04 mmg ada pelat2 lg. tp bg perkataan yg bermula dgn m,p,b sepatutnya boleh disebut dgn jelas. cth pkataan ‘mandi, putih’.
      sebaiknya bawalah anak berjumpa speech therapist berhampiran utk buat penilaian.

  6. Salam sis Ruby..anak sy dah 3 thn 1 bln. tapi msh x blh sebut prktn senang spt mama. kalau dia mahukan sesuatu hnya menunjuk menggunakn jari sambil menyebut tututu..

  7. salam, puan ruby.
    anak buah saya dah 3 tahun dan alhamdulillah vocab dia sangat banyak sebab dia suka menyanyi, selalu imitate upin ipin cakap. tapi dia punya pelat mmg sangat jelas terutama huruf s dan k. kalau dah sampai 4 tahun masih begitu juga, perlu tak dirujuk kepada pakar? atau memang eventually pelat tu akan hilang?

  8. Salam puan Ruby. Anak saya berumur 3 tahun awal bulan Jun ini. Masalahnya, percakapannya seperti membebel dan sebutan tidak jelas. Dia tahu huruf A sampai Z dan nombor 1 hingga 10. Dia ikut dengan betul setiap perkataan yang saya ajar dan minta dia ulang. Tetapi dia tidak pandai menggunakan perkataan-perkataan tersebut dalam membina ayat. Dia sering terbalik menyebut ‘cakap’ kepada ‘kacap’, ‘tekan’ kepada ‘katan’. Bagaimana saya boleh membantu anak saya membina ayat dengan sendiri? Untuk makluman puan, abang-abangnya pandai bercakap dengan fasih dan lancar seawal usia 1setengah ke 2 tahun. Terima kasih atas perhatian puan..

    • umur 3 tahun patut boleh buat ayat sendiri. kesilapan perkataan terbalik mmg biasa berlaku dlm proses kanak2 belajar bercakap. sebaiknya bawa anak berjumpa speech therapist utk buat penilaian.

  9. Entry yg sangat menarik..anak adaa dah 3 tahun setengah..cakapnya memang pelat..tp adaa faham..ayahnye x faham sgt..tapi dia seorang yg bijak..dr umur 1 tahun lebih dah kenal semua huruf dan number..jd adaa rs xde masalah..cuma mgkn perlukan lebih masa utk fasih..hopefully

    Nway nice entry

    Jemput ke blog adaa juga utk info kesihatan ye

    http://Www.adaa-inspiration.com

  10. Anak saya perempuan da berusia 5 tahun masih pelat berbicara da berbagi cara yg saya gunakan tapi tiada perubahaan. Apa yg perlu saya lakukan? Mohon info….

    • kena bawa jumpa speech therapist berhampiran. kalau ke hosp gov, kena minta surat rujukan dari klinik kesihatan berhampiran. kalau swasta, tel buat appointment sebelum pergi.

  11. hisyamuddin Says:

    Salam..anak perempuan saya pelat k,s untuk awal perkataan macam kakak sebuatan jd tatak..huruf g pun dia ada masalah..saya suruh dia sebut mangga tp yang saya dengar “mangtje”(xtahulah saya nak eja sebutan itu).umur anak saya nak masuk 4tahun bulan September ni…sbb gigi depan dia xcantik..ada yng patah,sumbing sbb pernah jatuh..dan saya nampak lidah dia mcm panjang sikit atau dia mcm xreti nak kawal lidah masa bercakap(saya rasalah)..adakah saya perlu membawa saya berjumpa pakar?

  12. Salam, anak saya berumur 5 tahun. Masih pelat. Pernah buat appointment dengan speech therapist. At the end of the class, speech therapist kata, anak saya normal dan tidak perlu perjumpaan susulan. Namun, saya tahu anak saya pelat. Perlukah saya berjumpa dengan speech therapist yang lain?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: