Jom main bahasa dengan anak 4 tahun.

Anak 4 tahun sepatutnya lancar bercakap, boleh bersembang dengan orang dewasa dan suka bertanya soalan.

Berikut ialah antara cara yang boleh dilakukan untuk mengembangkan kemahiran otak kiri si anak.

1) teka haiwan.
– binatang apa yang takde kaki?
– binatang apa yang suka melompat?
– binatang apa yang suka makan ikan?

2) menamakan 5 item.
– namakan 5 haiwan yang ada di rumah?
(Cicak, nyamuk, semut, kucing, ikan)
– namakan 5 jenis benda yang dijual di pasar malam.
(Sate, ayam goreng, buah, ikan, mainan)
– namakan 5 jenis kenderaan di jalan raya.
(Kereta, bas, lori, motor, traktor)

3) teka perkataan dari suku kata.
– apa perkataan yang mula dengan ‘ma’
(Main, mandi, mama, masuk, makan)
– apa perkataan yang akhirnya ada ‘kan’
(Makan, ikan, bukan, tekan, sukan)
– apa perkataan yang ada bunyi ‘sss’ kat tengah?
(Kasut, basuh, biskut, pisang, tesco)
* aktiviti ini mesti dibuat secara main-main dan guna memek muka yang kelakar. Kalau tak, ia menjadi bosan.

4) berlakon jadi…
– aktiviti ini lebih menarik jika ada topeng atau puppet. Ibu pegang satu watak dan anak jadi watak lain.
– sembang perkara mudah saja. Contohnya ibu jadi kucing, anak jadi ironman. Jadi ibu kena berlakon dan tanya soalan mudah? ‘Ironman ni dah makan ke belum?’ ‘Iron tinggal kat mana?’
– bermainlah dengan imaginasi anak anda dan anda akan akan dapat jawapan yang tidak disangka-sangka.
image

5) mula-mula, lepas tu….lepas tu…
– pilih aktiviti atau proses kerja yang anak anda selalu perhatikan anda buat. Contohnya basuh kereta, buat air milo, buat roti telur, basuh pinggan atau apa saja.
– kemudian anda berlakon yang kononnya dah terlupa nak buat macam mana dan si anak mestilah memberitahu cara-caranya dengan jelas.
– jika dia kata ‘ambil gula’, maka anda lakukan itu saja. Jangan buka penutup bekas gula pun lagi. Tunggu arahan seterusnya.
– jika dia kata ‘letak timun kat roti’, maka anda ambil saja timun yang belum dipotong tu, letak atas roti.
– anak pasti seronok melihat telatah ganjil ibunya sendiri.

Semoga anda meluangkan masa berkualiti dengan anak anda.

Ruby Speech Therapy
Sungai Petani.
Sms @ whatsapp 0133109703

Advertisements

24 Respons to “Jom main bahasa dengan anak 4 tahun.”

  1. menarik perkongsian ni..kaedah komunikasi sangat penting untuk mendidik anak 🙂 anak sy suka bercerita & bercakap. sejak dari dalam kandungan memang saya suka bercakap & bercerita dengan dia. percakapannya tersusun.sangat menarik kita dengar..heee. alhamdulillah sekarang dalam proses membaca ayat, simple math alhamdulillah dah boleh.

  2. bapak sedara Says:

    anak saya memang suka bercakap. yg menjadikan masalah dia agak pelat membuat mak dgn ayah pening untuk mentafsir apa yg ingin diceritakan.

  3. Teringat cucu yang mmg bijak bercakap sekarang-4 tahun.

  4. Nurul Hikmah Says:

    Saya nak tanya sikit..
    Bagaimana nak atasi anak bergaduh berebut barang mainan?
    Bila saya marah mesti perkataan yang keluar abah tengok mama tu..!!
    Anak sy baru nak masuk 3tahun yang sorang lagi nak masuk 2tahun

  5. Saranan yang amat bagus

  6. anak sy bijak dan blh bersembang ngan kami..sy sentiasa mengajak anak bersembang utk melihat sejauh mne die mengetahui ape yg dipelajari..

  7. Anak saya petah berckap & bermain game.Sampaikan tidur malam pun terbawa dlm mimpi.Yang menjadi masalahnya dia masih menggunakan pempers wlaupun usianya dh nk masuk 5 thn.

  8. anak saya 3 tahun setengah, ex prem 26w sangat la aktif sampai x terlayan. kalau nak diikutkan mmg suka bertanya tp x pernah praktis cmni. nnti blh cuba. terima kasih puan

  9. Mas ayu M.Rawi Says:

    assalam,anak saya adam fitri 6 tahun speech delay…ibu mana yg tak risau dgn perkembanggan anak yg lambat bercakap.mcm2 cara saya buat tp belum lg mendatangkan hasil.saya dah bawa adam jumpa speech terapi 2 block (20 seisi) di UKM jln Temerloh Tasik Titiwangsa KL.Tapi saya bangga dan bersyukur pd ALLAH SWT sbb kurniakan saya anak syurga dan adam pandai berdikari.

  10. Mcm mna nak tau anak ada sindrom autisme? Anak ni dh 4 thn tp dia umur 2 taun ada mnunjuk kn ada ciri2 autisma,mgebaskan tngan,anguk kan kpala dan tak toleh kalau kita pngil.skrg dh 4 thn dia ok bckap tp ulang2 dan ikut pa kita ckap..pgai kdg pelik2 suka mjelir liur buat memek muka kalau dia sndirian..normal ka itu puqn?

  11. Aktiviti yg bagus… Anak saya berumur 7 tahun… Tetapi masih pelat Dan bahasa kurang berkembang. Oleh itu dia tidak mampu membaca. Bagaimana saya mampu mengatasi masalah ini. Saya sering berkomunikasi dgnnya bg menggalakkan dia bercakap.

  12. salam…anak sy petah bcakap…tp x pndai mngenal huruf..so xtaw nak mngeja..ada cadangan x.. umo 4 thn.. dia pndai abc 123 tp x knal mana a mana b mana 3..so far iqra da boleh n cepat tgkap.. mohon pencerahan.. terima kasih

  13. Sy ada masalah anak lelaki sy umur 10thn anak kedua dr 3 beradik,pertama kakak 12 thn,ke3 girl, 2thn.Dia suka buat perbuatan yg sakitkan hati sy dan suami,depan org lain cthnye ibu mertua dia akan buat perangai spt menangis,melwn ckp

    • Anak2 ni mmg suka nak tarik perhatian kita. Mcm2 cara yg dia sanggup buat. Sy cadangkan pn buka youtube, tgk nanny911. Rancangan tu bagus. Dia jelaskan dan demo cara2 nak kawal tingkah laku anak2.

  14. terima kasih satu perkongsian yang menarik.

  15. Ruby,
    Sy nk tanya, anak lelaki saya akan berumur 4 tahun pada 29 Sept 2014. Tetapi sehingga kini, dia masih tidak dapat menyebut dengan terang. Sebagai contoh, “makan”…disebut “akan”, “cukup”..disebut “akup”..Dari pemerhatian saya, dia seolah-olah ingin cepat dlm setiap sebutan kerana bila saya suruh dia mengulang satu suku kata demi suku kata..boleh pulak disebutnya cuma huruf “s” seringkali jadi “k”..seperti “masuk”..disebut “akuk”…bagaimanakah sy melatih anak saya supaya sebutannya betul? Adakah sy perlu risau dan membawanya pergi berjumpa dengan pakar?

    • Pn Sabrina : sebaiknya bawa anak bejumpa speech therapist utk lebih memahami masalah yg dihadapinya. Therapist akan buat penilaian keseluruhan bunyi sebutan anak Pn.

      • Terima kasih diatas feedback pn ruby.jika sy tinggal di sg buluh, boleh tak cadangkan speech therapy yg berhampiran yg sy boleh bw anak sy.

  16. Salam Pn Ruby…
    nak tnya sikit…adakah wujud kekeliruan bahasa di kalangan kanak-kanak?

    • ‘kekeliruan bahasa’ yg sy faham ialah jika anak terdedah dgn lebih dari satu bahasa. ini adalah biasa dlm perkembangan bahasa kanak2 yg bilingual @ multilingual. namun kanak2 yg normal akan mampu mempelajarinya secara fitrah dan akhirnya boleh bertutur setiap bahasa yg didengarinya dgn cara yg sering didengarinya. ini bermakna, kalau mak ayah pun cakar rojak, itu lah hasilnya

  17. bagus mainan bahasa ni. Murah dan efektif. Tak payah habis duit beli mainan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: