Soalan Biasa Dari Ibu Bapa.

Berikut ialah persoalan yang biasa ditanya oleh ibu bapa yang anaknya lambat bercakap.

1) Adik beradik lain semua bercakap cepat. Dulu masa kakaknya kecik lagi, saya tak payah ajar pun semua ni, dia tau sendiri. Yang abangnya pun, pandai baca sejak umur 4 tahun.

– setiap anak mempunyai perkembangan yg berbeza. Alangkan bentuk hidung dan telinga masing-masing pun tak sama. Apatah lagi perkembangan bercakap.

– pandanglah anak anda sebagai individu dan lihat apakah kelebihannya serta teliti apakah kekurangannya.

– perbandingan dengan adik beradik hanya menambah stress dan tidak membantu untuk mengajak anda berfikir tentang tindakan.

2) Nak kena beli mainan ke? Membazir je mainan semua ni. Asyik patah, rosak, berebut dengan adik beradik.

– semakin mahir anak anda bermain dengan permainan, semakin berkembanglah IQ, kreativiti dan imaginasinya.

– anak yang merosakkan permainan yang baru saja dibeli menandakan bahawa anda telah beli permainan yang tidak diminatinya atau mungkin anak anda tidak memahami keseronokkan permainan tersebut.

– maka sebagai ibu bapa, adalah tanggungjawab anda untuk melatih anak anda bermain permainan yang dibeli sampai dia pandai. Bukannya membiarkan saja barang tersebut rosak dan patah.

3) Nak kena ajar tunjuk-tunjuk pulak rupanya ya? Saya ingat datang sini nak ajar anak saya cakap?

– tahukah anda bahawa dalam perkembangan bahasa, meliputi kemahiran KEFAHAMAN dan PENGHASILAN bahasa?

– contohnya jika anda tidak tahu pun maksud perkataan ‘min’ dalam bahasa tamil, adakah anda akan sebut ‘min’ sebaik saja anda ternampak ia di pasar? (‘Min’ ialah ikan dalam bahasa tamil)

– kemahiran menunjuk berdasarkan arahan menjelaskan kepada kita tentang tahap kefahaman yang dimiliki oleh kanak-kanak. Semakin banyak perkataan yang difahami, semakin tinggilah peluang untuk kanak-kanak berlatih bercakap.

image

Ruby Speech Therapy
Ambangan Height, Sungai Petani,
Kedah.
Sms @ whatsapp 0133109703

Advertisements

Satu Respons to “Soalan Biasa Dari Ibu Bapa.”

  1. oh…mcm tu….maklumat yg sgt bagus & padat… 🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: