Nak suruh anak ikut sebut.

Ramai ibu bapa yang bertanya tentang anak mereka yang tak nak ikut bercakap. Hanya tau angguk, geleng dan tunjuk sana sini saja.

Cara yang akan saya nyatakan hanya berkesan jika:
1) anak anda telah mahir menunjuk anggota badannya.
2) anak anda mahir mengenalpasti barang mudah dalam rumah anda.
3) anak anda faham arahan yang diberikan.

Berikut adalah tips tentang cara untuk menggalakkan anak anda ikut apa yang anda sebut.
1) anda sendiri mestilah rajin membuat bunyi-bunyi ketika bermain dengan anak anda. Walaupun bunyi itu tak logik, tapi anda bunyikan saja.

Contohnya anda sebut ‘eeiiyah’ semasa buka penutup bekas. Ataupun anda buat bunyi ‘tit tit tit’ sambil konon-konon anda menjadi juruwang kaunter mengira barang mainan anak anda (sambil simpan dalam beg plastik). Contoh lain, anda buat bunyi ‘beng beng’ masa main pistol dengan anak.

2) Anda boleh main isi duit syiling dalam tabung. Tapi pastikan duit itu dalam bekas yang anda pegang. Jangan bagi satu pun dekat anak. Penglibatan kedua ibu ayah penting untuk aktiviti ini.
Kemudian ibu tanya, ‘siapa nak?’ Ayahnya mestilah jawab ‘nak’. Terus bagi duit syiling kat ayah dan ayah bubuh dalam tabung dengan gembira. Kemudian ibu tanya lagi, ‘siapa nak?’ Tunggu reaksi anak. Jika dia hanya angkat tangan, anda sebut kat dia, ‘nak?’ Jangan bagi selagi anak tak sebut apa yang anda target.

image

Selamat berusaha dan mencuba.

Ruby Speech Therapy
Ambangan Height Sungai Petani
Sms @ whatsapp 0133109703

Advertisements

Satu Respons to “Nak suruh anak ikut sebut.”

  1. boleh cuba ni….

    mcm mana jika anak selalu dgn ibu shj. (PJJ)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: