Masih lambat bercakap?

Perkataan awal kanak-kanak biasanya:

1) orang yang rapat dengannya (mama, papa, nenek, tok, kakak)

2) perkataan yang berfungsi (nak, habis, jom, nah, bye, sedap, tak mau)

3) kata nama @ kata kerja yang berkaitan dengan dirinya (nasi, susu, mandi, kasut, gigi, air, main)

Oleh itu, jika anak anda belum menguasai 3 perkara asas di atas, tak perlulah nak paksa anak hafal ABC, 123.

Ramai ibu bapa moden yang melatih anak menggunakan flash card. Bagus. Cara yang bagus.

Tapi flash card tidak dapat melatih perkataan berfungsi. Antara perkataan ‘nak’ dan perkataan ‘apple @ kereta’, yang manakah lebih kerap digunakan dalam interaksi seharian?

Pastilah perkataan ‘nak’ adalah lebih kerap digunakan. Ia juga boleh disambung dengan perkataan lain seperti ‘nak susu, nak mama, nak main’.

Sedangkan perkataan ‘apple’ (kata nama) hanya digunakan apabila ternampak buah apple atau, gambar apple.

Kesimpulannya, latihan percakapan adalah interaksi 2 hala antara ibu dan anak. Bukan sekadar menamakan gambar semata-mata. Berbuallah dengan anak anda.
image

Advertisements

2 Respons to “Masih lambat bercakap?”

  1. Good article.
    Cuma tiada disebutkan julat umur yang dikategorikan sebagai “lambat bercakap”.
    Harap dapat ber pencerahan.
    Tq.

  2. Salam Sis Ruby nk tnya sis speech therapist kan..saya ain ibu kpd sorang anak lelaki berusia 2 thn 2 bln. msalahnya anak sya ni tak reti ckp langsung, cuma kdg2 dia ckp mama abah dan nak. dia juga tak fhm klu kita bgi arahan. dia sangat aktif memanjat memunggah semua dia terror.. paling risau dia suka buang2 brg and lompat 2 ats katil. tpi klu kita marah kt dia dgn nada suara tinggi dia akan menagis..adakah itu normal atau saya perlu rujuk kpd pakar sbb risau pd ciri2 autisme ada pd anak sya tu..tlg bantu sis..terima kasih byk2 sis says amat menghargainya..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: