Ayat sangkut.

Kepentingan perkataan ‘berfungsi’.

Apakah perkataan ‘berfungsi’ ini?
Ia adalah pelengkap, penghubung ayat dan tidak berdiri dengan sendiri.

Contohnya – dengan, nanti, lepas tu, rupa-rupanya, jangan, kalau, walau, tapi, sebab…..dan banyak lagi.

Bagi kanak-kanak biasa, mereka mendapat perkataan ini apabila mendengar orang dewasa bersembang. Kemudian mereka cuba guna dalam percakapannya pula.

Namun bagi kanak-kanak yang mengalami masalah pertuturan, perkataan ‘berfungsi’ ini amat sukar untuk digunakan. Mereka lebih senang menggunakan perkataan yang penting saja seperti kata nama dan kata kerja. Maka terhasillah ayat yang terpotong-potong seperti ‘mak nasi, kaki darah, ayah kerja.’ Ayat yang digunakan terlalu ringkas dan amat tidak sesuai dengan tahap umur sebenar. Jika dibanding dengan percakapan rakan sebaya, nampak sangat bezanya.

Kebanyakkan ibu bapa melatih anak menggunakan flash card. Suatu cara yang bagus dan moden. Namun, flash card amat terhad kepada kata nama, kata kerja dan sedikit adjektif. Amat sukar untuk melatih kata ‘berfungsi’ dengan menggunakan flash card.

Maka buku cerita boleh digunakan untuk melatih penggunaan kata ‘berfungsi’ ini. Contohnya jika anda target untuk ajar perkataan ‘tapi’, maka sepanjang aktiviti buku dibuat, anda tekankan suara semasa menyebut perkataan ‘tapi’.
Ingatlah bahawa kanak-kanak belajar melalui pemerhatian, ulangan dan penggunaan.

image

Advertisements

4 Respons to “Ayat sangkut.”

  1. Shahirah Abdull Hamid Says:

    Assalam…. Anak sy berumur 3thn… tp disebabkan dia lahir bln 12.2010..jd thn 2014 dia dh 4thn.. anak sy bl bercakap…kkdg2 sy faham apa yg dia bgtau tp ada jg kadang2 bl dia ckp sy xfaham dan sy suruh dia ckp btl2 n sebut btul2 coz mama xfahm… skrg ni anak sy dh pergi skolah.. sy risau apa yg dia ckp cikgu xfaham… anak sy juga pelat.. mcm mna sy nk bg dia ckp dgn btl n fhm…?

  2. Anak saya umur 6 tahun..kami baru balik dari jepun dan sekarang menetap di malaysia baru 4 bulan..
    Masalahnya anak saya masih lemah dlm ayat fungsi dan vocab ..
    Saya selalu membantu dia utk bercakap tetapi kadang2 dia tidak ingin mengikut..saya tak nak push dia sebab takut dia tidak confident..
    Sekiranya arahan yang panjang dia tidak dapat tangkap..
    Bila dia penat dia akan termenung ..apakah masalah anak saya ? Perlukah pergi buat rawatan ?

    • En AZ: sebaiknya bawalah anak berjumpa speech therapist utk buat penilaian tahap pertuturan bahasa. Jika tiada masalah, alhamdulillah. Jika ada masalah, maka speech therapist akan bantu supaya dapat memperbaiki kemahiran pertuturannya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: