Antara kemahiran bercakap dan kemahiran bahasa

Kemahiran bahasa meliputi komponen linguistik. Ini termasuklah kata nama, kata kerja, kata hubung, memahami makna perkataan dan konsep, penggunaan imbuhan, susunan ayat dan penggunaan ayat mengikut konteks persekitaran.

Kemahiran bercakap pula meliputi dari pernafasan, getaran pita suara, pergerakan lidah dan bibir, kesengauan serta perubahan intonasi suara.

Kedua-dua kemahiran ini (bahasa dan percakapan) saling berhubung kait.

Sebelum kanak-kanak boleh bercakap, mereka mendengar pertuturan orang dewasa. Walaupun kanak-kanak berumur 1;06 belum boleh menyebut banyak perkataan, tetapi dia boleh faham arahan, anggota badan dan barang-barang yang berkaitan dengan dirinya.

Ini menunjukkan bahawa perkembangan kefahaman kanak-kanak amat penting untuk membentuk kemahiran pertuturannya.

Ramai ibu bapa yang mengadu,
“Puas saya suruh dia sebut, tapi di buat tak tau saja”.
“Dia sibuk nak main dengan cara dia ja, tak nak sebut.”
“Dia sebut pelat-pelat. Bila kita betulkan, kadang-kadang boleh. Bila dia cakap selalunya memang hujung-hujung saja”.

Bagi kanak-kanak yang masih lemah tahap kefahamannya berbanding umur sebenar, maka latihan kefahaman akan ditekankan dalam sesi terapi.

Contohnya jika kanak-kanak berusia 4 tahun, tapi tahap kefahamannya seperti kanak-kanak usia 2 tahun, maka latihan kefahaman amat penting. Contohnya melatih memahami kata kerja, memahami konsep besar/kecil, memahami preposisi (lokasi tempat) dan sebagainya.

Tidak ada gunanya jika latihan untuk melatih sebutan dibuat jika tahap kefahamannya amat lemah. Latihan sebutan memerlukan tumpuan, ulangan, kesedaran diri dan kemahiran mendengar yang baik.

Ada pula ibu bapa yang merasakan anaknya faham segala-galanya. Tetapi apabila sesi penilaian dibuat, tidaklah sehingga segalanya. Malah jauh ketinggalan dari tahap umur yang sebenar.

Maka untuk mengajar anak yang mengalami masalah lambat bercakap sememangnya satu cabaran yang memerlukan panduan dari speech therapist. Mengajar kanak-kanak sebegini tidaklah semudah untuk suruh anak ikut sebut, sebut dan sebut.

Saya teringat ada seorang ibu bertanya kepada saya, adakah saya boleh melatih anaknya bercakap dengan menarik lidah anaknya atau mengurut di leher anaknya.
Sudah tentu tidak.

Sebagai speech therapist, kami perlu menilai dan memahami apakah punca masalah. Adakah masalah berpunca dari tahap kefahaman bahasa yang lemah, atau berpunca dari masalah sebutan bunyi-bunyi huruf tertentu.

Segeralah bawa anak berjumpa speech therapist jika sudah berusia 2 tahun tapi masih tak bercakap.

image

Advertisements

15 Respons to “Antara kemahiran bercakap dan kemahiran bahasa”

  1. Anak sy bumur 11 thn..dr aspek bm mmg lemah..bgmn cara utk mdptkn khidmat speech terapy

    • Pn Dayang : umur 11 tahun, sudah darjah 5. Speech therapy lebih menumpukan kepada kes2 yang melibatkan kelewatan perkembangan bahasa untuk pertuturan harian. Bukan utk tujuan akademik. Jika pn maksudkan dari segi akademik, maka pn perlu bawa anak berjumpa dgn guru tuisyen.

  2. salam..puan.mcm mn pula dgn anak yg mild down sindrom.apa pandangan puan?boleh ke diorang bertutur dgn fasih?
    tq

  3. atievan Says:

    bagaimana pula bg kami yg menggunakn 2 bahasa berlainan…..bagaimanakah tahap kemahiran kanak2 yg dilahirkn dlm situasi begini…apa yg perlu dilakukan

    • konsep linguistik adalah hampir sama saja bg mana2 bahasa. secara umumnya, usia setahun – ujaran sepatah perkataan. usia 2 tahun, – gabungan 2 perkataan jd ayat mudah. usia 3 tahun, – gabungan 3 perkataan dlm 1 ayat.

  4. Puan.
    Anak saya berusia 4tahun dan disahkan SPD (Sensori Prosesing Disorder) oleh pakar. Bolehkah anak saya kembali normal seperti kanak2 lain setelah membuat rawatan speech terapy dan fizikal terapi?

    • Pn Zalina: jangkaan kejayaan terapi hanya dapat dibuat oleh pegawai yg mengendalikan kes tersebut. Dia yg buat penilaian dan tahu sejauh mana kebolehan anak pn utk menerima input barum

  5. Anak saya berumur 4 thn 7 bln.tetapi thn ni dia sudah pg tadika untuk yg berumur 5 thn.masalahnye skrg ank saya masih pelat.tetapi ape yg kita tnya dia akn fhm, cuma dia tak tau nk cerita sesuatu bnda tu dgn pjng lebar.adakah msh terlambat untuk saya bawa dia pergi untuk therapist..

  6. Masfirah Says:

    Salam…anak sy dah nak Masuk 2 tahun…tapi masih x boleh bercakap…bila ajar abc pun tak Pandai sebut dengan betul…ikut suka Dia je nak sebut ape pun…ape yg sy sebut Dia x ikut langsung…tapi Dia faham ape yg Kita cakap…

  7. melly robert Says:

    Anak sy umur 5yrs bln okt ni..tp dia masih xdpt bertutur dgn baik dan msih xmemahami apa yg kita ckp..sy sdsh brjmpa paediatrician tp dktor ckp problem mls nk buka mulut..adakah perlu speech teraphy

  8. nursyukrina bte md khalil Says:

    dokter. kalau anak umur 3 tahun masih x bercakap dan emak refuse utk jumpa doktor malah mengatakan anaknya normal. mcm mana ya? sy nurse.

    • mmg ramai ibu bapa yg rasa mcm tu. pada awalnya ramai yg susah nak terima hakikat. tp jauh di sudut hati, mereka sedar apa yg berlaku di depan mereka. sebagai nurse, cukup sekadar minta mereka jumpa doktor kanak2 @ speech therapist utk penilaian. kalau betul xde masalah, alhamdulillah. pergi saja, tak rugi apa2 pun. minta dan pujuk mereka utk luang sedikit masa demi anak mereka. selebihnya, terpulanglah kepada diri mereka sendiri. kita hanya boleh menyampaikan saja.
      semoga anak2 tidak teraniaya dgn sikap ibu bapa.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: