Buku budak-budak.

Setiap malam saya membacakan buku kepada anak-anak saya. Sudah menjadi rutin sebelum tidur, saya mesti bercerita. Yang anehnya, anak saya meminta saya bercerita kisah yang sama. Sudah 2 minggu saya cerita pasal ‘cengkerik berzikir di bawah pokok’, tapi anak saya tetap tak kisah jika saya ulang cerita yang sama.

Amalan rutin membaca buku sebelum tidur ini adalah suatu kebiasaan bagi orang barat. Namun ia adalah jarang-jarang sangat bagi rakyat malaysia ini. Tahniah jika anda termasuk golongan yang membacakan buku untuk anak-anak.

Jika suami saya amat memanjakan anak-anak dengan permainan, saya pula lebih mengutamakan buku dan alat tulis. Irham yang akan mencecah 4 tahun pada Januari 2014 ini, sudah boleh bercerita pada adiknya dari muka surat pertama hingga yang terakhir. Dia bercerita dengan ayatnya sendiri dan dengan gaya cerita yang tersendiri. Ilman yang akan mencecah 2 tahun pada Januari 2014 ni pula sudah boleh menamakan setiap gambar yang ada di dalam buku tersebut. Masing-masing berebut nak duduk di hadapan saya dan bercerita kepada saya.

Selain dari seminar formal yang saya hadiri tentang ‘book sharing activity’, saya juga banyak belajar kemahiran bercerita dari mama saya yang merupakan seorang cikgu. Mama saya pula mewarisi kemahiran ‘meroyat’ (istilah bercerita bagi dialek temerloh) dari datuk saya yang juga seorang cikgu.

Maka kini tibalah masanya untuk saya mewariskan kemahiran bercerita kepada anak-anak saya pula. Di sini saya ingin berkongsi sedikit tips berkenaan buku cerita, buat ibu-ibu yang prihatin tentang didikan awal pertuturan bahasa kanak-kanak.

1) Jenis buku yang dipilih mestilah sesuai dengan umur dan minat anak.
Anda mesti pernah lihat bermacam jenis buku moden yang ada di pasaran sekarang. Dari yang berkertas tebal, berkain lembut, boleh dikunyah, ada bunyi-bunyian, ada pelekat dan macam-macam lagi inovasi buku.

image

2) target anda ialah melatih kemahiran bahasa dan pertuturan. BUKAN KEMAHIRAN MEMBACA. Oleh itu, sepanjang aktiviti buku, anda tidak membuat sebarang penekanan terhadan ABC, menghafal perkataan atau mengenal perkataan. Sebaliknya anda mengutamakan kosa kata yang luas meliputi kata nama, kata kerja, adjektif, kata hubung, kata soal, memberi alasan, sebab akibat, mengikut plot, memahami watak dan sebagainya. Ini dipanggil ‘narrative skills’.

3) anda boleh menggunakan buku yang sama untuk ajar jenis bahasa yang berbeza. Contohnya hari isnin anda bercerita dalam bahasa melayu, hari selasa pula bahasa inggeris dan hari rabu bahasa siam. (Di kedah ni memang ramai penutur bahasa siam)

4) jangan memaksa anak untuk bercerita selagi dia belum bersedia. Ramai ibu bapa yang suka paksa anak. Asyik tanya ‘ni apa? Dia buat apa? Cakap!!! Cakap la!!!’
Pada peringkat awal, anda yang kena bercerita terlebih dahulu. Beri peluang untuk anak dengar bagaimana ayat-ayat disusun oleh ibu, bagaimana plot cerita ini bersambung sehingga muka surat terakhir. Apabila anak sudah bersedia untuk bercerita, anda tak perlu suruh, tapi dia sendiri yang jadi teruja untuk bercerita.

5) buku dikoyak? Inilah rungutan yang biasa saya dengar. Kenapa boleh koyak? Sebab anda membiarkan anak anda berseorangan dengan buku. Ini adalah salah. Untuk mengajar, anda mesti berada bersama dengan anak. Selepas habis sesi buku, maka anda perlu ambil semula buku tersebut dan simpan di tempat selamat. Apabila usia anak sudah lebih memahami erti ‘sayang barang – tak boleh koyak’, barulah anda boleh biarkan anak anda bersendirian dengan bukunya.

Semoga tips di atas bermanfaat buat pembaca semua.

image

Ruby.

Sms@whatsapp 0133109703 untuk mendapatkan tarikh temujanji Ruby Speech Therapy di rumah saya Ambangan Height Sungai Petani.
Slot adalah terhad.

Advertisements

Satu Respons to “Buku budak-budak.”

  1. fatimah sham Says:

    Assalamualaikum..
    Anak sy 1yo 4 m..dulu2 klu sy bckan dia buku..dia dok diam jer..tp sekarang ni..klu sy bckan buku..dia kan tarik2 buku..then cpt2 dia srh sy tkr buku lain..mcm tulah seterusnya..kiranya mcm xsempt nak bc jugalah..sbb srh tukar buku jer.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: