Berat mulut.

Ramai ibu bapa kata ‘semua anak saya faham. Kita suruh, dia boleh buat. Tapi bila kita sebut, dia tak nak ikut.’

Inilah yang dikatakan ‘berat mulut’. Biasanya anak yang ‘berat mulut’ ni, boleh faham banyak perkataan. Boleh tunjuk anggota badan, boleh minta dengan menunjuk jari, boleh ikut arahan yang diberikan (pergi ambil bantal, pergi tutup pintu). Tapi tidak mahu meniru sebutan.

Masalah bertambah rumit apabila umur kanak-kanak makin meningkat. Contohnya sudah berumur 2 tahun 5 bulan, tapi masih tidak bercakap walau sepatah perkataan.
Malah ada pula yang sudah mula bercakap pada usia 3 tahun, dan bunyi yang keluar hanyalah bunyi vokal. Contohnya perkataan ‘baju’ disebut ‘a u’ dan perkataan ‘kasut’ disebut ‘a o’.

Masalah ‘berat mulut’ ini jika tidak ditangani pada usia muda akan menyebabkan pelat yang berlanjutan. Usia sudah mencecah 4-5 tahun, tapi masih pelat.
Kebiasaannya ibu bapa hanya mula nak berasa risau apabila usia anak hampir ke alam persekolahan.

Persoalannya, bagaimana nak atasi masalah berat mulut? Ada beberapa tips yang boleh saya kongsikan di sini:

1) latih sebut bunyi mudah dahulu. Contohnya bunyi ‘muu’ untuk lembu, ‘pap pap pap’ untuk itik, bunyi ‘aum’ untuk harimau dan sebagainya. Pastikan bunyi yang anda target adalah bunyi mudah. (Bunyi ‘krr krr’ untuk ayam adalah amat susah)

image

2) jangan paksa sebut. Tapi anda mesti tunggu…..tunggu dan terus menunggu. Saya selalu kira dalam hati (1-10). Sambil kita tunggu, kita tengok respon dia. Contohnya jika anda nak suruh anak sebut ‘bye bye’, maka anda kena lambai tangan, pandang muka dia dan tunggu….tunggu…. jika dia dah lambai tangan, anda ulang lagi, ‘bye….’ sambil buat muka bersungguh-sungguh.
Selalunya ibu bapa yang saya jumpa, mereka tak boleh nak tunggu. Lepas tu asyik paksa anak sebut, ‘sebutla, kata la, cakap! Cakap!’

3) latih meniru pergerakan memek muka di hadapan cermin. Duduk bersebelahan dengan anak dan latih sama-sama buat mulut muncung sambil sebut ‘uuu’. Buat mulut senyum nampak gigi dan sebut ‘iiii’. Buat mulut nganga dan sebut ‘aaaa’. Tapi anda mesti pastikan aktiviti di hadapan cermin ini dibuat secara bermain @ menyanyi.

image

Jika anak sudah berusia 2 tahun dan masih tiada perkataan, maka segeralah bawa berjumpa speech therapist berhampiran.

Sms @ whatsapp 0133109703 Ruby Speech Therapy.
Ambangan Height Sungai Petani.

Advertisements

13 Respons to “Berat mulut.”

  1. Assalamualaikum puan..
    ank sy yg no 2 (umur 1thn 10bln) mengalami mslh sperti ini..berat mulut..dia blm blh lg sebut ‘mama’ hny ‘abah’ shj yg blh disebut seandainya disebut@diajar berulang kali..sekiranya inginkn sesuatu hny menunjuknya dgn jari shj..keadaan ini amat merisaukan sy..patutkah sy segera bjumpa pakar?

    • Pn Fitrisya : ya, pn boleh mula dapatkan tarikh temujanji utk bjumpa speech therapist. Sementara tunggu appointment, puan boleh baca beberapa artikel dlm blog sy mengenai cara @ tips menggalakkan komunikasi kanak2 umur setahun.

  2. anak saya da dua tahunlbh bln ni msk 3 tahun die mengalami berat mulut seperti ini… sekarang ni die akan sebut perkataan yg die nk sebut je… mcm mn nk atasi… sy amat risau dengan situasi die.. sy ddk diklang…

  3. Puan, anak saya 2 tahun 4 bulan mengalami mslah berat mulut. Under speech teraphy di Hospital since last year. Tapi masih belum boleh sebut mama..bababa. Jika inginkan sesuatu dia akan tunjuk dan menjerit dengan kuat. Saya dah cuba ulang perkataan yang senang sepertu muu eee tapi dia tak berikan perhatian.

  4. Area Kuala Terengganu Ada speech therapist tak?

  5. Assalammulaikum.Sy ada anak umur 2tahun 6bulan,anak sy memang berat mulut.Tp ibu,ayah,susu,nak n xnak pandai sebut tp bila cakap benda lain cam kakak n abg nak cakap..Cam mana nak atasinya ye…Tp bila disuruh ambil barang n kutip barang dia ikut..

    • Umur 2:06 patut dah boleh sambung 2 perkataan jadi ayat mudah (nak ikut, adik punya, kasut mama). Bawa anak ke speech therapist berhampiran untuk buat penilaian perkembangan bahasa yg dialaminya.

  6. Anak saya kini berusia 6 tahun dan disekolah anak saya tidak pernah bercakap sehingga kini. ini amat merisaukan..di rumah karakter dia berlainan. bermain dan bercakap seperti biasa. tetapi di sekolah memang dia tidak akan buka mulut walaupun cikgu bertanya… di sekolah bermain bersama rakan2 tapi tidak keluar suara.. saya risau jika keadaan ini berlanjutan di alam persekolahan..

  7. Marwan bin Mohamad Says:

    Anak saya berumur 4 tahun. masih belum mampu bercakap dengan orang sekelilingnya termasuklah ibu dan bapa. Bila tengok tv atau hphone yang ada video nyayian yang anak saya suka, boleh je menyanyi. Bila saya ajar baca A,B,C. dan Nombor boleh pulak dia sebut. Bila nak makan, anak saya ambil pinggan, bila nak minum dia ambil cawan. Bila nak kencing atau buang air besar, dia tarik ibunya masuk tandas. Apa Masalah sebenarnya anak saya?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: