Konsisten dan berulang kali.

Ini adalah kunci utama dalam proses melatih tingkah laku kanak-kanak autism.

Setelah membuat target tingkah laku yang diingini, kita mesti tahu, apakah benda kesukaannya? Adakah dia sukakan iPad @ keropok @ kereta @ pensil?

Benda kesukaannya itulah yang merupakan ‘umpan’ yang boleh kita gunakan untuk melatih tingkah laku.

Target – tunjuk @ model @ prompt – ganjaran – ulang.

Mesti konsisten. Sebaik saja kanak-kanak menunjukkan target yang dikehendaki, reward mesti diberi serta merta.

Konsep ini digunapakai untuk melatih segala jenis tingkah laku kanak-kanak autism. Ini termasuklah kepada aktiviti bermain.

image

image

Gambar di atas menunjukkan jenis reward yang saya selalu gunakan dalam sesi terapi. Lihat betapa banyaknya ulangan yang perlu dibuat untuk memastikan tingkah laku yang diingini tercapai. Ini dinamakan sebagai ‘drill’.

Ramai ibu bapa mengadu bahawa anaknya tidak berminat, tak suka dipaksa dan tidak beri kerjasama. Tapi mengapa di dalam bilik terapi, boleh pula? Ini kerana faktor ulangan dan reward yang konsisten serta fokus pada target.

Saya mengamalkan pendekatan ‘parent centered approach’. Maka setiap sesi terapi, saya akan pastikan ibu bapa boleh apply dan demo di hadapan saya. Maka tiada lagi alasan ‘anak saya nak orang lain ajar. Dengan mak dia sendiri, dia buat perangai.’ Jika pemikiran begini tertanam dalam minda ibu bapa, maka memang jelaslah bahawa tiada sesi terapi yang dapat dibuat di rumah. 
Kesudahannya jangkaan untuk terapi berjaya (prognosis) menjadi lemah.

Selamat berusaha.

Ruby.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: