Bagaimana merangsang anak bercakap.

Umur dah masuk 2 tahun, tapi masih cakap sikit-sikit, tunjuk sana sini, bunyi ‘uu’ ‘eeeh’ saja yang lebih….nak buat macam mana?

1) jika didapati dia sukar memahami arahan (kalau tunjuk baru ikut, kalau cakap saja, dia buat tak tahu), maka segera bawa jumpa Dr ENT.
Manalah tahu, tahi telinga tersumbat ke, ada air bertakung dalam telinga ka…

2) jika dia jenis hyperaktif, asyik lari sana sini, panjat, pegang sini, mata dah pandang sana….maka silalah latih daya tumpuan dia. Macam mana nak latih daya tumpuan?
a) latih anak permainan imaginasi. Contohnya main masak-masak. Lihat sama ada dia boleh tak buat aktiviti pelbagai dalam permainannya itu (tuang air dalam cawan, ambil sudu dan kacau, potong sayur, basuh pinggan, suap kat teddy bear dan sebagainya)
Contoh lain ialah mainan robot. Boleh tak dia buat robot tu terbang, tembak ayah, robot lompat, robot keluar kuasa lalu meletup.
Dari cara anak bermain, kita dapat lihat bagaimana anak memberi tumpuan kepada imaginasinya.
Oh ya, ipad, tv, youtube….itu bukan latihan tumpuan yang dimaksudkan di sini ya.
b) latih daya tumpuan dengan buku cerita bergambar. Cerita tentang gambar tu. Perhatikan adakah anak minat untuk mendengar cerita anda dan menunjuk kepada gambar berkaitan. Atau, dia sekadar nak menyelak kertas @ koyak sahaja.
c) menyanyi dan ikut gerak tangan/kaki bersama. Duduk di hadapan anak, nyanyi lagu ‘bangun pagi, gosok gigi’. Latih anak tiru gaya tersebut. (Menari masa tengok iklan tidak termasuk dalam latihan daya tumpuan. Ingat, komunikasi melibatkan pandangan komunikasi antara manusia, mendengar, meniru dan mengulang bersama)

3) dengar apa yang anak sebut, dan ULANG sebutannya dengan perkataan yang betul. Contoh: apabila anak kata ‘syik’ yang bermaksud nasi, maka automatik respon kita ialah ‘NASI’, ‘NASI sedap…’ ‘nak NASI?’ ‘Mak masak NASI.’
Kesilapan yang berlaku ialah, jawapan yang selalu dibuat ‘nak makan?’ ‘Sedap’ ‘nak asyik?’ – jika anda tidak mengulang target perkataan, maka anda telah rugi di situ. Jika anda meniru pula pelatnya, maka bertambahlah ruginya.

4) latih perkataan harian berbanding melatih abc, 123. Ramai ibu bapa yang bertanya, ‘anak saya boleh kenal semua huruf dan nombor, tapi tidak boleh menyebut ibu dan ayah’
Alangkah ruginya…..apalah  gunanya abc, 123 jika ‘ibu ayah’ pun tak reti sebut lagi. Itu menunjukkan bahawa anak anda bijak, boleh belajar jika perkataan itu sering didengarnya. Mungkinkah dia berada di hadapan tv lebih lama berbanding berada di hadapan ibu dan ayah? Atau, sekiranya sudah duduk di hadapan ibu ayah, ibu ayah juga menyebut abc, 123 kepadanya?
Apakah itu perkataan harian? – nasi, susu, nak, dah, jom, habis, sedap, hello, bye, tu, ni, baju, sikat, tuala, cawan…..dan banyak lagi.

image

Baiklah, cukup dahulu 4 perkara di atas. Lain kali ada kesempatan, saya sambung.

Ruby Izyan Atika bt Abu Bakar.
Shaklee ID 908111 – Iklan sikit jer. Hehe
0133109703

Advertisements

7 Respons to “Bagaimana merangsang anak bercakap.”

  1. anak saya suka tengok video dia sendiri dalam tab saya.adakah itu satu kesalahan yg boleh melambatkan rangsangan dia untuk bercakap.

  2. SeputihSalju Says:

    mntl izin copy.. sy ltk dlm blog sy.. sebagai panduan tq..

  3. Tq puan sharing info ni..akan di praktik kn.

  4. Anak saya berumur 2 tahun 6 bulan masih belum boleh bercakap malahan tak sampai sepuluh perkataan yang boleh disebutnya seperti nak, air, cuk, susu, ni, anas…sy dah cuba mengajarnya beberapa perkataan setiap tapi dia enggan ulang, yg dicakapnya hanyala baby talk. Kalau sy guna flash card, dia hanya berminat untuk menyusun2nya..pd pendapat puan, apakah masalah anak saya? Tq

    • Pn Anne : usia 2;06 patut dah boleh mencantum 2 perkataan jd ayat mudah (nak main, nak tu, adik punya). sebaiknya segera bawa anak berjumpa speech therapist berhampiran utk membuat penilaian dan memulakan proses terapi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: