Umur Kritikal Kanak-Kanak Belajar Bercakap

Topik ini sangat penting. Dari kefahaman inilah maka ibu bapa tersedar betapa pentingnya rawatan awal. Tahukah anda tentang umur kritikal perkembangan bahasa – pertuturan kanak-kanak?

lahir – 5 tahun. 

Tempoh ini sangat kritikal di mana sel-sel otak berkembang dengan begitu cepat sekali. Dalam tempoh ini, bayi / kanak-kanak belajar melalui pemerhatian, mendengar, mengulang, mencuba dan memberi respon berdasarkan situasi yang difahaminya. Mereka tidak perlu satu kelas khusus,  tetapi semuanya berlaku secara spontan.

Berbeza dengan pembelajaran bahasa kedua atau bahasa formal yang kita pelajari di sekolah.

Sebab inilah ia dikatakan tahap kritikal.

Kebiasaannya kanak-kanak sudah boleh bercakap dan mencantum 2 perkataan mudah pada usia 2 tahun. Tapi jika masih tiada perkataan langsung pada usia 2 tahun, adakah anda nak tunggu hingga anak 3 tahun? 4 tahun?

Zaman kini, orang ramai mula menghantar anak ke tadika pada usia 4-5 tahun. Oleh itu jika anda menangguhkan rawatan terapi pertuturan, maka anda sebenarnya mensia-siakan usia kritikal anak anda sendiri.

Masih ramai orang yang sengaja ingin mengambil risiko. Mereka fikir, ‘tak payah susah-susah hantar terapi. Nanti dah masuk tadika, pandai la dia sembang dengan kawan-kawan.’

Masalahnya, jika dah masuk tadika, dan masih tak boleh ‘sembang’, masa tu nak buat macam mana? umur dah nak masuk 7 tahun, dah lepas tahap kritikal, dan cakap masih pelat.

Pada ketika tu, jangkaan untuk terapi berjaya adalah sukar. Kami boleh memberikan cadangan terapi, tapi tahap penerimaan anak terhadap terapi sudah berkurang. Sel-sel otak sudah tidak berkembang cepat sebagaimana ketika usia sebelum 5 tahun.

Oleh itu, wahai ibu bapa, ingatlah bahawa rawatan awal pasti adalah lebih baik berbanding menanggung risiko yang tidak pasti.

Advertisements

54 Respons to “Umur Kritikal Kanak-Kanak Belajar Bercakap”

  1. irenedahayu.blogspot.com Says:

    Assalamualaikum.. sy ibu kepada Adam Amsyar beumur 2 tahun 5 bulan… pada bulan 12 tahun lepas saya menjalani terapai di hospital sehingga hari ini.. Adam memang seorang yang tidak mampu lagi bercakap.. mungkin saya dan suami kurang berkomunikasi dengannya.. sejak lahir saya hantar dia kepada ibu saya pada waktu bekerja dan dia rumah hanya dia dan ibu saya sayaja.. tiada sepupu atau rakan2 sebaya dengannya… sejak umur 8 bulan dia pandai tengok tv. ibu saya langgankan babytv untuk dia, dan sampai hari ini menjadi kegemaran dia..

    saya tak pernah lupa untuk bawa Adam pergi terapi. tetapi saya masih susah hati dengan keadaan Adam.. pada awal bulan 1 saya telah menghantar dia ke taska kemas untuk 3-4 tahun separuh hari.. dia makin ok.. cuma masih belum berkata2… semakin bedisplin. pandai susun kasut dirat contohnya.. pada awal masuk tak pandai berkawan, sekarang sudah pandai bergaul..

    saya membeli tab untuknya. dengan ada tab ini sangat membantu… tentang abc 123, penyesuain gambar dan lain2… sekarang dia sudah pandai tulis number 1-6 dalam masa 2 bulan.. boleh lihat di blog saya..

    adakah adam suka tengok tv menyebabkan kurang komunikasi? saya dan suami ada bersembang dengan dia, tapi dia berlalu bergitu sahaja.. rasa frust pun ada… bila saya minta barang contoh remot control saya tunjukan dia dengan cara picitt jari bari dia tahu tu benda apa..

    saya ada juga melatih dia buang sampah didalam tong sampah, letak baju dah pakai dalam besen, doa makan.. itu adalah tugasan harian dia.. cuma saya masih belum nampak potensi dia bercakap.. saya amat susah hati..

    Adakah susu anmum jugak dapat membantu? sebab saya tgk dlm iklan ckp bantu saraf otak..

    Apa yang patut saya dan suami buat sekarang..

    • boleh sy tahu kini sedang jalani terapi di hosp mana, dan kekerapan terapi bagaimana?

      • Hospital seberang jaya, bukit mertajam dan sungai bakap… di hosp sg bakap saya rasa macam nak stop je terapi situ (cara kerja) 3 kali pergi 3 kali tu jugak tak berhenti dia menangis. saya memang tidak dibenarkan masuk dan saya faham. tetapi pengajar tu seolah2 memaksa anak saya bagi tambah nangis. contoh bermain bola dalam kolam kecil, memang anak saya rasa seperti lemas, tapi selalu sampai anak saya menangis hampir 30minit tak berhenti… bila saya berjumpak speak terapi di hosp BM, pengajarnya sangat bagus… dan siap beri tahu saya tak boleh paksa2…

      • Pn Norhafillah mmg bagus. Walaupun hanya beliau seorang di hosp BM tp beliau tabah menghadapi work load yg sgt byk. Saya ada di sg petani. Jika inginkan kekerapan terapi yg lebih kerap, bleh sms @ whatsapp 0133109703.

  2. maaf saya bertanya, bayaran berapa? n pembelajarannya mcm mana ya?

  3. Anak 4 thn lbh..mslahnyer dia ckp pelat..dantk byk perkataan..perlu ke wat terapi…tp sy dh hntr dia tadika

    • Umur 4 tahun patut xpelat dan boleh bercerita macam-macam, boleh memberi alasan dan menjawab soalan ‘kenapa’.
      Bawalah anak berjumpa speech therapist berhampiran untuk kepastian.

  4. Saya ada anak berusia 5 tahun. In shaa Allah tahun hadapan dia akan masuk 6 tahun. Masalah yang dihadapi anak saya ialah sebutannya yang masih lagi pelat dan gagap. Saya sudah mengajarnya berkali2 supaya menyebut dengan betul setiap perkataan tapi lama kelamaan dia jadi putus asa dan rasa rendah diri. Saya seringkali ajar dia teknik pernafasan untuk hilangkan gagap sewaktu bercakap. Tapi hasilnya masih mengecewakan saya. Sampai sekarang saya masih keliru apakah punca anak saya sedemikian dan adakah ia normal?

  5. salam saya mempunyai anak 5 tahun dan telah bersekolah tadika, ape yang saya risau disini..anak saya tak pandai bergaul dgn kawan kawan..disamping tu juga..apabila balik dari sekolah ape yang saya tanya..anak saya tak pandai nak cerita pada saya..cthnya(tadi kat sekolah belajar ape?)anak saya cuma tunjukkn gaya saje..dan dia sering ulang ape yang saya cakap ..chnya(nama sape?)anak saya ulang balik ape yang saya cakap..adalh anak saya harus berjmpa speech therapist

    • Pn Siti Aminah,
      Pn perlu segera bawa anak berjumpa speech therapist berhampiran. Speech therapist akan membuat penilaian penuh berkaitan masalah pertuturan dan komunikasi anak puan. Jangan bertangguh lagi memandangkan anak telah pun menjangkau usia 5 tahun.
      Semakin cepat dia mendapat bantuan, semakin cepatlah potensinya untuk progress dgn baik.

    • cawangan yang terdekat adalah di ipoh, kekangan disini saya dok di lumut perak dan pergerakan jauh dan mengambil masa lama,ada x kawasan yang lebih dekat.

  6. anak saya belum dapat bertutur dengan baik, berumur 2 tahun, hiperaktif. saya tinggal di Grik, di mana saya boleh dapatkan khidmat speech therapy yang berdekatan.

  7. Rabiyah Haji Merican Says:

    Saya baru terbaca ruangan ini..anak saya hadif iman dh berumur 7thn..sekarang sek pdk telok gadong…ank saya msh blm pandai bercakap..tp die dh mula pandai ikut kt sebut dua suku kata..msh folow up spech therapy kt hos ampuan rahimah lg..mslhnye kt same temujanji die 3 or 4 bln sekali..sy risau dgn perkembangan ank saya..die blm pamdai berdikari lg..mungkin sebab ms umur die..setahun tiga bulan kn demam panas dgn sawan tarik..ms tu memang keadaan die amat kritikal…dr pandai jln dan beckp die jd mcm bby blk..saya risau sngt klu blh puan bantu saya..sy duduk kat klang..

    • Mmg begitulah adatnya appointment terapi di hosp kerajaan. Ini disebabkan jumlah pesakit yg terlalu ramai dan pagawai pula terlalu sedikit. Maka kami terpaksa mengutamakan kes2 tertentu mengikut prognosis yg ada.
      Apa pun, tahniah kpd puan kerana berusaha menghantar anak ke pdk dan speech therapy di hosp. Tahniah juga kpd anak puan kerana menunjukkan progress, dah boleh meniru sebutan mengikut suku kata.
      Pastikan setiap kali puan ke speech therapy, dptkan sebanyak ilmu yg boleh semasa dlm sesi terapi tersebut. Buat catatan dan tanya cadangan aktiviti di rumah. Puan juga boleh cuba buat di hadapan therapist dan dia akan tlg betulkan sebarang kesilapan serta merta.
      Kekerapan terapi mmg penting. Tp yg lebih penting utk situasi begini ialah puan sendiri boleh melakukan terapi utk anak sekerap mungkin setiap hari, 5x sehari.

  8. salam sejahtera pn.ruby
    Anak sulung sy lahir pd bln dis 2009,kalau ikutkan tahun 2014 dia masuk umur 5thn, sdgkn dis 2013 tadi umurnya bru 4 tahun. Ank sy ini masih belum pandai ckap. minta susu pun tidak. cuma kalau kita tanya dia akan jawab mau sekiranya dia tidak mahu.antara pktaan lain yg disebut abah,bas, itu saja. tp dia boleh uruskn diri sendiri dgn membuang air kecil dan besar di tandas,pakai pakaian. sy lihat dia seorg yg aktif..

  9. Ank sy berumur 2thn 2bln,masih xbole berckp..tp bile menangis bole panggil ayh atau mama..ble disuruh atau mengikut sebutan yg kite ajar pasti xda respond,sy risau…sy tgl di kaw bt caves,dimn pusat therapy bole sy pegi n bagaimn pula ng kos nyer..

  10. Assalamualaikum.
    Saya nak tanya… anak saya sekarang berumur 2 tahun 5 bulan. Tp masih tidak boleh bercakap dengan betul. Masih menggunakan satu2 perkataan.
    Perkataan yg dia boleh sebut mama, satu,dua ,tak nak, & adelah beberapa perkataan lagi.
    Klo saya ajar sebut dia xmo sebut. Dia nak bercakap dia cakap ape yg dia nak.
    Tp klo lagu2 kt tv sume dia boleh hafal rentak cume sebutannya xjelas.
    Arahan pon kadang2 dia ikut kadang2 xmo.. xpernah bawak g mane2 pakar.

    • Pn Junaidah : umur 2;05 patut dah boleh sambung 2 perkataan jd ayat mudah ‘nak mama, nak ikut, adik punya’, wlpun sebutan masih pelat. Sebaiknya bawa anak berjumpa dgn speech therapist berhampiran.

  11. bleh saya tahu speech terapy yang terdekat di mana area lumut,manjung perak..

  12. nurul farhan Says:

    Salam puan..
    Anak sy kini dh 4thn dan sudah bsekolah.mslh skrg anak sy mmg byk bcakap tp kdg2 sy xblh nk faham apa yg die ceritakan bila die buat satu ayat yg pnjang seperti mceritakan sesuatu.klau cakap dlm beberapa ayat sy faham tp agk pelat.apakah yg patut sy lakukan..adakah sy perlu hantar ank sy ke speech therapy atau kerap bkomunikasi dgn die??

  13. Assalamualaikum….
    anak saya muhd azib umur 6 tahun…baru masuk tadika tahun ini…di sekolah ank saya tidak dapat mengikuti apa yg di ajar oleh guru….di rumah saya masih ajarkn menulis abc lagi….dan dpt komen dr guru…ank saya tk fokus dlm pelajaran…..kerja yg cikgu beri ank saya tak boleh buat…baru2 ni cikgu suruh saya ambil kerja sekolah ank utk dibawa balik supaya saya boleh ajar ank saya….harap puan boleh beri pendapat….terima kasih

  14. salam pn, anak saya umor 4 tahun masih menggunakan baHASA kanak2, saya telah mengHantar anak saya speech terapi dan OT selamas asetahun sehingga sekarang , Doktor mengersahkan anak sya SPD, apa yang patut saya lakukan sekarang ,

  15. azrin kamarudin Says:

    Assalamualaikum..
    Sy ayah kpd nur khairin azzalea berumur 5 thn.sekarang anak sy masih belum dpt membina ayat utk bckap,tetapI dpt menyebut &mengenali warna,nama binatang,anggota badan &lain2. Dia masih pakai pampers dan selalu mengamuk.
    Apakah cth cara awal sy utk melatih anak sebelum bjumpe speech therapy?

  16. assalam puan,
    boleh saya tahu lokasi terdekat speech terapi di area mana? saya tinggal di puchong hartamas. anak saya berumur 5 thn masih pelat.. masih tidak tahu kenal huruf.. masalahnya saya risau sebab tahun depan nak masuk 6 tahun. masalah saya sama mcm mak bapa yg ada dalam ruangan ini.. harap membantu saya dgn kadar segera…

    terima kasih.

  17. Salam Pn Ruby, boley sye taw kt speech therapist di kawasan Bangi? Tq

  18. noor julailah abd mutalib Says:

    Salam puan, anak saya berumur 3 tahun 2 bln dan masih pelat bercakap. boleh saya tahu ade x speech therapist di kawasan Terengganu terutama area Kemaman? Terima kasih.

  19. puan ida Says:

    Sayangnya di terengganu tiada private utk speech therapy.. Anak saya lahir tidak cukup bulan(28 minggu). Skrg umur dh 2 tahun 6 bulan (spatutnya 2 tahun 3 bulan) tapi hanya sebut aaaa…..tuuuu, uuuu…..ēēē, tiiii….daaa.. (1,2,3) itupun saya yang kena sebut dulu.. Kalau tak, babbling aje.. Sblm ni saya dh dapatkan temujanji di hosp selayang tp sbb kekurangan kakitangan, tmujanji terpaksa ditunda..skrg dh berpindah ke terengganu, saya akan cuba dapatkan tmujanji di HSNZ. Ramai yang cakap pada saya “jangan risau,nanti boleh bercakap la anak tu…” Tapi saya tak mahu ambil risiko.. Selain tu, anak saya juga berjumpa dgn therapist utk cara kerja..

  20. Puan N. Khad Says:

    Assalamualaikum W.B.T

    Saya mempunyai seorang anak lelaki yang kini berusia 1 tahun. Sebagai seorang ibu yang baru mempunyai seorang cahaya mata tidak kesemua perkara yang saya tahu. Anak saya kini sudah pandai dari segi perbuatan (contohnya: ambil remote control tv dan tekan sambil tunjuk ke arah tv. handphone di ambil dan letak di telinganya, cotton bud di ambil dan masuk ke telinganya). Anak saya juga suka bercakap akan tetapi sepatah perkataan pun saya dan suami tidak faham. Dia boleh menyebut ma, ja, ee, pe dll. Akan tetapi dia masih tidak boleh menyebut perkataan seperti ‘mama, babah yang mudah kita fahami. Soalan saya disini adakah itu perkembangan normal bagi kanak-kanak berumur 1 tahun?

    Terima Kasih.

  21. Assalamualaikum W.B.T
    Saya nak tau speech therapist di kawasan Taiping dan yang berdekatan. Harap membantu

  22. Assalamualaikum…
    Saya nk tahu speech therapist di kawasan kpla bts penang..,,ada x?

  23. Anak kembar saya berumur 1y 6m mereka dua2 boleh menyebut bapak, kakak, nak , ball , cat , tp mummy , adik , susu xboleh sebut , kdg2 coklat pon ada sebut , tak bunyi lari sikit , kalo saya nk bawa anak saya check kat puan ruby boleh ka ? saya dari alor setar 🙂

  24. siti fauziah sopian Says:

    As salam Dr..boleh sy tahu speech specialist di melaka??sy risau sgt..28.4 ni ank sy genap 2 tahun….if nk roti or buka hp,ank sy akn bawa bende n sebut..tate ame(terima kasih sama-sama)..if nmpk sy baring..ank sy akn dtg sebut..e..tete..e..tete..(mtk mnyusu badan)…bile sy panggil nama dy..dy x toleh pn..mcm xdenga..if suruh ambil barang..bile sy ambik tu..dy akn ulang balik..ank sy bole meniru ape yg kite sebut.if buka lagu2 kanak2..ank sy akn tiru aksi kartun tu…tp utk komunikasi 2 hala dgn dy susah..ank sy ni aktif..suka melompat2..bile terserempak sy..dy suke..Dr tolong sy..sy btol2 risau…:(

  25. nor maizatul Says:

    Saya mengalami anak yg sukar utk bertutur dgn baik sedangkan usia dia dh 4 thn,masih pakai pampers serta cakap tidak berapa jelas.saya tinggal di jerantut pahang.di mane kah saya dapat hantar ia utk belajar bertutur dgn baik.

  26. Salam puan ruby
    Anak lelaki sy berumur 2 tahun tp skrg hanya babling mcm baby ‘papa’ ‘mamma’ ‘gagga’

    Dan dia sebenarnya baby premature masa lahir.. Adakah ini salah satu punca dia lambat bercakap?

    Abangnya yg 5tahun pulak kuat bawa dia bercakap tp dia ignore saja

    Ada tak speech therapy d KK, Sabah. Tq

  27. A nak saya berumur 5 tahun dan sudah tadika.sudah setahun di tadika gurunya tidak faham apa yang disebut, manakala kadang-kala tidak mahu menulis dan belum petah bercakap.sering kali menconteng buku bila disuruh membuat latihan.saya memang nak hantar terapi tetapi suami saya asyik menangguhkan.saya rasa bersalah , kecewa.tahun 2016 di a berumur 6 tahun.adakah sudah terlewat untuk menghantarnya berjumpa terapi

    • Perkara yg dah lepas takkan kembali. Terus langkah ke depan dan langkah ikut laluan yg tepat. Jangan toleh belakang dah. Yg penting apa nak buat pd saat ini demi masa akan datang.

  28. Pn Ruby, anak saya berumur 3 tahun 1 bulan. Vocabulary agak limited. Tapi dia cakap tak pelat. Cuma dia seperti malu untuk bercakap. Saya memang selalu bercakap dan bermain serta mengajar dia untuk menyebut beberapa perkataan simple. Tetapi dia seolah2 malas atau malu untuk mengulangi perkataan2 tersebut. Mohon bantuan jika puan boleh adakan sebarang sesi speech terapy. Saya tinggal di putrajaya. Mohon jika pn ruby boleh emel kepada saya, noorakmal83@gmail.com

  29. Salam,,sy dr pontian johor,,mane speech terapi kat johor,yg berdekatan,,ank sy 3thn lbh tp blom boleh berckap,,die fhm cuma die xberckp,perkataan yg simple sperti xnak,,kakak,mama papa shj yg selalu d sebut…dr baby smpai skrng die hisap puting,,adakah itu salah 1 faktor die lmbat bercakap

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: