Melatih anak umur setahun bercakap.

Tak sabar nak dengar anak panggil ‘mama’ kan? Ada juga yg panggil ‘abah’ dulu. Kesian mama merajuk.

Kanak-kanak umur setahun biasanya sudah mula berjalan atau sedang belajar berjalan. Gigi juga mula tumbuh dan sudah boleh makan makanan pejal.

Ada kanak-kanak yang sudah boleh menyebut ‘mama’ sejak usia 1 tahun, tapi ada juga yang hanya membebel ‘mamatatadaadaaa…..’ Jadi, apa yang ibu bapa boleh lakukan untuk melatih anak bercakap?

1) Kuatkan tahap kefahamannya terlebih dahulu. 

– Latih anak menunjuk anggota badan (mata, hidung, perut, kaki…dan lain-lain)

– Latih anak menunjuk barang-barang di rumah (kipas, cermin, pintu, tv dan lain-lain)

– Latih anak untuk ikut arahan mudah (tutup pintu, bagi sini, simpan dalam laci)

2) Latih anak sebut bunyi-bunyi mudah yang bermakna.

– Ajar sebut ‘miaw’ untuk kucing, ‘brum brum’ untuk kereta, ‘am’ untuk makan, ‘iiieee’ untuk busuk.

– Makin kerap kita ulang sebut, makin mudah anak mengikut. Kanak-kanak tidak suka jika dipaksa mengikut sebutan. Jadi ibu bapa perlu kerap sebut di hadapan anak.

3) Sebut setiap perbuatan harian.

– Jika ibu bapa bersama dengan anak, sebut setiap aktiviti yang dilakukan. Contohnya ‘jom kita naik kereta’ ‘mama baca buku’ ‘mama buat kerja’ ‘ayah sibuk’ ‘ayah main bola’ dan sebagainya.

– Kanak-kanak belajar sambil memerhati dan mendengar. Walaupun umurnya baru 1 tahun, kita mestilah bercakap secara penuh dan jelas. Tak perlu sebut ‘bucuk cayang mama ni…’ Apalah salahnya sebut ‘busuk sayang mama ni…’

4) Wujudkan peluang untuk dia meminta. 

– Peluang sangat penting supaya kanak-kanak ada rasa keperluan untuk bercakap. Jika semuanya sudah tersedia, tak perlulah nak bercakap.

– Contoh peluang: letak mainan di dalam balang yang tertutup ketat, tapi boleh dinampak.

– Contoh peluang: letak mainan di tempat tinggi, tapi masih boleh dinampak.

Selamat mencuba.Image

Advertisements

15 Respons to “Melatih anak umur setahun bercakap.”

  1. mengajar bercakap sejak dalam kandungan. Eli mula bercakap semasa umur 8 bulan, “bear” dan “nenek”. Merajuklah mama dan ayah sebab di panggil bear atau nenek, hehehe

  2. Ank sy mmg berat mulut..xtau nk latih mcm mn..br 10 month

    • Umur 10 bulan memang tak cakap lagi. Baru peringkat membebel ‘bababba’ ‘mamama’. Jangan bimbang, latih anak tunjuk-tunjuk dulu supaya kefahamannya bertambah.

  3. anak sy skrg 1 thn 5 bln. dh pandai sebut mak, ayah,nenek, Chu~panggilan utk mak su, buk`panggilan utk makcik, mit, udak, mok (semua nama panggilan dlm ahli keluarga), api, ayam,nenen, mamam, cicak, tikoh (tikus), gugok(bhs srwk gugok=jatuh), jijik dll. dia dh pandai sebut a hingga f, kira one,two,three serta satu dua tiga.mgkn disbbkan hr2 ajar dia myebut dan selalu ikut sy pergi mgajar murid2 Thn 1

  4. anak sy skrg 1 tahun 5 bulan…tak pandai sebut 1 perkataan pun.. risau nye..huhu.. cuma dah boleh fham apa yg sy suruh dia buat..cthny: buang sampah… dia akn pergi buang sampah.. cuma xbole bertutur langsung…sebut momy&dady xpndai lg..

    • Umur 1:05 masih awal lg. Jika dia belum boleh bercakap, sekurang2nya dia boleh membebel ‘bababa, tatata, nanana’ atau pun sambil bermain dia boleh buat bunyi2. Contohnya bunyi ‘miaw, pap pap, muu’ dan sebagainya. Ajar dia tunjuk anggota badan.

  5. Anak saya 2tahun dah boleh berckp cuma xpandai nak buat ayat lg..contohnya sayang mama, dia sebut perkataan hujung je mama..tp sebutannya memang jelas,tp klu nak susu boleh plak buat ayat nak susu..adakah ini normal?

    • Pn suhaila : anak pn normal. Umur 2 tahun mmg anak2 baru nak belajar sambung pkataan. Mmg pelat2, sebut hujung2. Pn baca artikel sy ttg tips merangsang pertuturan anak.

  6. aliyahakeem Says:

    anak saya 1 thn 7 bulan blm pandai nak panggil umi, mkn tp kalau kt ajarkan panggil mama, babah dia boleh ikut…lepas tu cuma intonasi saja

  7. I’ve did that mistakes once. 4 yrs agk..dgn my son..bagi ipod touch sampai dia over indulge. ..ends up…penat sgt dgm tantrum dia!!! N he speaks late…..lepas 2 thn br la berbunyi..seriusly parents use gadgets wisely on kids

  8. alhamdulillah najla ank saya sekarang 1 tahun 2 bulan dah boleh sebut mama..abah…ton ton(tuan tuan) ..ponpon.(puan puan)…cicak…..(walaupun tak jelas..kdg kdg jijak.)..apadiaa. wuii…(Opodia)..tudia(tda)….mebebel sorg sorg…tototopopopo..babababa…..umur lapan bulan perkataan pertama ialah abah..mama merajuk ngan najlaa…semoga mmbesatnjadi anak solehah

  9. Entry menarik…Sronok baca ni. Jemput ziarah blog saya

  10. anak saya 1thun 6 bln ayah,abang ,kakak dia boleh sebut tapi ibu macam berat nak sebut ajar pun berat mulut dia nak sebut

    • sebab vokal ‘u’ agak lewat sikit. dia nak kena tukar dari ‘i’ ke ‘u’ tu yg susah sikit. berbanding ‘abang, kakak, ayah’ semuanya vokal ‘a’ saja.
      xpe, latih lagi….pelbagaikan latihan bunyi2 mudah seperti miaw, kok kok, pin pin, pon pon…bunyikan apa2 saja sambil bermain dgn anak. bg ringan mulut dia berlatih sebut.

  11. Anak saya 1 tahun 7 bulan blm pandai pggl mak n bapa, pandai sebut bye sahaja…risaunya

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: