Kanak-kanak masalah pendengaran boleh bercakap?

Kanak-kanak yang disahkan oleh audiologist mengalami masalah pendengaran biasanya dipakaikan alat bantu dengar. Alat tersebut menguatkan bunyi untuk merangsang sel deria mendengar supaya dapat difahami oleh otak.

Walaupun mereka telah dipakaikan alat bantu dengar, mereka masih perlu menjalani terapi pertuturan. Mereka perlu belajar cara-cara mendengar. Ini kerana, pada peringkat awal memakai alat, mereka masih tidak dapat membezakan bunyi persekitaran serta bunyi-bunyi pertuturan.

Melalui teknik-teknik mendengar, mereka akan dapat menyesuaikan diri melalui alat bantu dengar yang dipakai untuk memahami pertuturan. Setelah memahami, barulah mereka boleh bercakap.

Kini, semakin ramai kanak-kanak masalah pendengaran yang diserapkan ke kelas-kelas normal. Mereka yang sudah boleh bercakap, tidak perlu lagi pergi ke sekolah pendidikan khas yang menggunakan bahasa isyarat.

Namun, amat penting untuk saya ingatkan mengenai tahap kritikal perkembangan bahasa, iaitu sejak lahir hingga usia 5 tahun. Maka, semakin awal masalah pendengaran dapat dikesan, semakin awal juga alat bantu dengar dipakaikan dan seterusnya memulakan terapi pertuturan.

Melalui program saringan pendengaran bayi yang telah dimulakan di sesetengah hospital, masalah pendengaran dapat dikesan dengan cepat.

 

Image

 

Tetapi, masih terdapat lagi hospital yang tidak melaksanakan ujian saringan pendengaran, termasuklah hospital swasta. Oleh itu, bagaimana ibu bapa ingin mengesan jika bayi mereka mengalami masalah pendengaran?

Lahir – 3 bulan:

Bayi akan terperanjat bila terdengar bunyi kuat. Bila mendengar suara ibunya, dia akan bertenang. Mudah terjaga dari tidur jika terdengar bunyi kuat.

3 bulan – 6 bulan:

Mencari-cari bunyi yang dibuat (loceng). Suka pada permainan yang berbunyi.

6 bulan – 10 bulan:

Mula menoleh apabila namanya dipanggil. Bunyi-bunyi persekitaran yang biasa seperti telefon, vakum, juga sudah boleh dikenalpasti.

 

Jika anda berasa sangsi dengan kebolehan anak anda mendengar, segeralah meminta rujukan dari doktor untuk berjumpa dengan audiologist untuk membuat ujian pendengaran.

Naluri ibu selalunya adalah pendorong utama untuk memulakan langkah intervansi awal. Jika anda bertangguh, maka umur kritikal anak untuk belajar bercakap juga akan terlepas.

Advertisements

12 Respons to “Kanak-kanak masalah pendengaran boleh bercakap?”

  1. RozieMustafa Says:

    Salam…Pn.Ruby,
    Saya mempunyai anak yang diterangkan di atas ini. Sekaran anak saya baru memakai alat bantu dengar. Sekarang menjalani sesi pertuturan juga. Dalam pemerhatian saya, anak saya dah mula menggomel seperti kanak-kanak yang baru untuk bercakap. Dan dia sudah pandai mengenal bunyi binatang dan akan menggayakan suara itu dengan riaksinya. Dan kalau sebelum dia memakai alat bantu dengar itu, dia tidak hiraukan cerita yang abang-abangnya tengok di kaca TV. Macam cerita kartun. Tapi sekarang ini, bila dia tengok cerita kartun, dia akan ketawa. Dan sekarang dia dah jelas memanggil nama saya “mama”, “papa”…abang…tapi mcm perkataan lain belum lagi..tapi dia cepat bertindak bila mengarahkan sesuatu tugas.

    Soalan saya :
    Usia anak saya sekarang adalah 2 tahun 6 bulan, adakah anak saya akan dapat bertutur dengan baik sebelum 5 tahun?.

    terima kasih.
    Ibu Rozie
    Sg.Buloh, Selangor D.E

    • Oleh kerana sy x pernah tgk sendiri atau buat penilaian terhadap anak puan, maka saya xdpt nak bg jangkaan @ prognosis terapi. Soalan jangkaan ini hanya mampu dijawab oleh terapis yg berjumpa dgn anak puan.
      Namun kebiasaannya, semakin rajin @ kerap terapi dibuat di rumah (antara ibu-anak), semakin baguslah jangkaan terapi.

  2. Salam,

    Anak saya berumur 4 tahun mengalami masalah pendengaran (pro found) sejak lahir dan alhamdulillah diberikan Cochlear Implant (CI) sejak 6 bulan yg lalu.

    Saya cuba hantar ke pusat pemulihan untuk anak dylexia, pekak bisu dan masalah pembelajaran, tapi sekarang saya terfikir adakah keperluan dan pendekatan yang digunakan sama or lain…
    Risau tersalah dan menjejaskan perkembangan anak pulak..

    Maklumla nak harapkan terapi di hospital hanya 1 jam sekali seminggu dan saya ada 1 tahun sahaja before anak umur 5 tahun.

    Boleh bagi pandangan pemilihan pusat terapi pertuturan yang baik dan memastikan kaedah pembelajaran yang digunakan adalah betul dan bersesuaian.

    Terima kasih.

    • Bagi pandangan saya, terapi utk kanak CI di hosp sekerap setiap minggu itu sudah memadai. Adalah sgt penting utk ibu bapa faham bahawa terapi bertujuan melatih ibu bapa tentang teknik2 supaya ibu bapa boleh apply teknik tersebut di rumah. Tidak kira betapa kerap pun anda menghantar anak ke pusat terapi, ia tetap tidak dapat menandingi tempoh masa yg ibu bapa luangkan bersama anak sendiri. Sebab itulah terapis yg paling hebat ialah ibu bapa anak tu sendiri. Maka pastikan anda buat segala homework yg diberi oleh terapis di hospital. Buat sekerap yg boleh di rumah.
      Bagi kanak2 CI, saya lebih suka mencadangkn agar anak anda dihantar ke taska @ nursery bersama2 kanak2 biasa supaya dia dpt bergaul dgn kanak2 lain dan berada dlm suasana komunikasi verbal.
      Namun, silalah berbincang dgn pegawai terapi anda di hospital yg pasti lebih memahami isu anak anda.

  3. Keepp on writing, great job!

  4. Salam.. pn ruby ank sy sudah 9 thn… masalahnya dia x mahu pakai alat pendgran.. sekarang masih belum keluar perkataan.. apakah kaedah yg perlu sy lakukan.. selain paksa dia memakai alat….

  5. Asalammualaikum ruby.
    I ada seorang anak lelaki berumur 2tahun. Untuk tahap percakapan masih kabur. Perkataan yang jelas adalah ‘mama’. Selebih nya dia cuma menjerit. Mungkin nak bercakap tp susah. Tapi seringkali sy memanggil namanya dia macam tidak endah. Ataupon belom recognise itu nama dia… tapi bila saya marah dengan nada ‘amboiii’ dia toleh dan tutup mulut sy.. adakah normal .. adakah anak saya dapat faham apa yg di sampai kan?
    Tq ruby

    • Pn Shida : umur 2 tahun patut dah boleh cakap perkataan sepatah2 (nak, jom, bye, habis, sedap, mama, ayah). Dia juga patut dah boleh tunjuk anggota badan bila kita tanya (mana mata?). Dia patut boleh ikut arahan mudah (gi tutup pintu).
      Jika nak respon pada nama sendiri pun masih tidak konsisten, maka segera bawa jumpa audiologist utk rule out masalah pendengaran dan jumpa speech therapist untuk menilai masalah sebenar yg dihadapi oleh anak puan.

  6. Assalamualaikum…sy juge ade ank seperti berikut. Dan sy hanye sdr die mengalami maslah ni waktu umurnya 3 thn die dh berusie 4 thn 6 bln dan sekarang dh 10 bln die pakai herering aeid.tp sy tgok die punyr perkembangan.agak lambat dan die kurang untuk bg perhatian jike sy cube untuk buat terapi terhadapnya….klau nk.meng harapkan hospital cm akan buat 2 bln sekali n 1 jam je…so sy rase cam x ckp untuk die boleh bercakap…masalah sy sekarang di kawasan tempat tinggal sy tiada tempat untuk sy hanta die blajar terapu pertuturan ni….so sy kene usaha sendiri….jg sy nk tanye macam.mane sy nk ajar die dan nak bagi die bg respont bile sy ajar….care2 nk ajar die….terima kasih..

  7. Assalammualaikum pn ruby..anak sy skg berumur 2 tahun 5 bulan..sy x pasti smada ank sy mengalami mslh pndengaran, berat mulut atau sbgainya..tp di usia skg, ank sy cme mngeluarkan pktaan asas spt mama, abah, sedap, jom..mcm arahan biasa sy beri spt ‘letak bju dlm bakul, bkak pmpers, letak btol susu dlm sinki’ dpt diikuti dgn mudah tnpa sy mnunjukkan arah tmpat..dan huruf abc smpai z suda hafal lncar..bkn mngikut atau mhafal lagu, tp kalo flash card stiap hruf yg sy tnjuk dpt disebut dgn tepat..bole pn bg pnjelasan sejelasnye mngenai ank sy, apa yg perlu sy lakukan, dgn siapa sy perlu rujuk mslh ini?? Terima kasih..

    • umur 2;05 patut ada lebih banyak perkataan dan boleh sambung 2 pkataan jd ayat mudah (nak susu, abang buat, kakak punya). sebaiknya segera bawa anak jumpa speech therapist berhampiran.

  8. Rosmiza zawawi Says:

    salam pn ruby
    anak saya ada masalah pendengaran dan kami dapat kesan since umur 3tahun macam tu. ok now saya nak tahu macam mana nak attend utk class speech ni. boleh bagi feedback di no 0176134938(hana) atau drop email at hannafaez@gmail.com

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: