Menangani anak yang kuat mengamuk (4 tahun ke bawah)

Dia mungkin pernah melihat sesiapa yang mengamuk. Kalau bukan kawan-kawan di pusat jagaan, mungkin juga dari adik beradik atau paling dekat, mak ayahnya sendiri.

Apa yang dikatakan mengamuk?

– secara perbuatan: hempas pintu, baling barang, sepak orang, berguling atas lantai.

– secara perkataan: menjerit, menyebut perkataan tertentu.

FAHAMI PUNCA dia mengamuk. 

Buat penilaian, adakah anda boleh bertoleransi dengan kehendak dia, atau dia sekadar memanipulasi keadaan untuk mencapai kehendaknya sendiri, 

PEGANG TANGAN dia, dapatkan eye contact (anda mesti melutut /merendahkan posisi).

Kemudian, sebut apa yang perlu secara ringkas dengan intonasi tegas dan tenang. 

Contoh: 

Irham (2 tahun setengah) baling motor mainan yang baru dibeli, kemudian pukul dan cubit ummi. 

PUNCA: nak main kat luar rumah walaupun hari dah masuk maghrib. 

PENILAIAN: tak boleh toleransi.

TINDAKAN: komunikasi berkesan. Terangkan kenapa tak boleh main di luar secara ringkas. Suruh dia kutip balik mainan yang dia baling. Beri amaran, kalau tak kutip, umi ambil, simpan kat atas almari. Beritahu juga yang tadi Irham cubit, umi sakit. Irham salah tak? Kalau salah kena minta maaf.

Akhiri dengan bersalaman dan pelukan. 

 

Kanak-kanak mengamuk sebab tak pandai berkomunikasi. Jadi kita sebagai orang dewasa perlu bantu dia untuk menyampaikan komunikasi 2 hala secara berkesan. Dia akan kurang mengamuk bila hajat dan keinginannya difahami, WALAUPUN tak dipenuhi. 

 

Ada ibu bapa yang jenis CEPAT TANGAN. Cuba fikirkan, adakah tindakan tersebut dapat menyelesaikan masalah. Tindakan itu mungkin dapat menghentikan simptom (perbuatan mengamuk), tapi ia tak dapat merungkai kefahaman kanak-kanak. Maka masalah tetap takkan selesai dan dia akan mengulang amukkannya lagi pada masa yang akan datang.

 

 

Image

Advertisements

2 Respons to “Menangani anak yang kuat mengamuk (4 tahun ke bawah)”

  1. siti zulainies Says:

    assalmualaikum.puan ada menganjurkan kursus speech therapy tak untuk ibu bapa yang berminat
    -di rumah puan
    -sebagai jemputan atas demand orang di tempat yang di luar negeri puan memandang ada yang tinggal jauh dari tempat terapi puan.saya tertarik dengan cara puan menerangkan..very practic n clear cut.
    -or puan ada cadangan untuk yang jauh dari trmpat puan
    terima kasih

    • wsalam. setakat ni sy tak buat lg kursus utk ibu bapa. permintaan mmg ada. insyaallah satu hari nanti sy akan buat kursus separuh hari, khas utk ibu bapa.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: