Cara Marahkan Anak Untuk Mendidik

Sapa yang tak pernah marahkan anak? Tak payah nak bohong.

Kita sebagai ibu bapa pun ada stress, nak tak nak, kalau dah anak buat perangai mesti kena marah jugak kan?

Tapi, ada caranya.

1) Kawal kekuatan suara anda. Dia bukan pekak.

2) Dapatkan eye contact. Duduk sama level dengan dia. Bukan anda berdiri, tapi dia mengadap tv.

3) Jaga intonasi suara. Tak payah guna high pitch. Bingit telinga dan mudah jadi imun.

4) Cakap ayat pendek, ringkas, mudah difahami. JANGAN BEBEL. Ayat bebel yang biasa disebut, “dah banyak kali mak cakap….blablabla” “macam ni la perangai tak nak dengar cakap mak blablabla…”

5) komunikasi 2 hala. Lihat respon anak. Jangan bercakap sorang diri. Respon pada jawapan yang diberi, bukan terus menerus membebel.

6) konsisten. Ni yang paling susah kan? Mesti kena konsisten. Kanak-kanak belajar betul/salah dari didikan ibu bapa. Dia mesti betul-betul faham, bila boleh, bila tak boleh. Mesti konsisten.

7) Amaran dan jangkaan. Mesti bagi amaran sebelum menghukum. Contoh: anak baling mainan. Kita kata, ‘kalau Irham baling lagi, umi simpan kat atas almari’ (jaga kekuatan suara, intonasi, eye contact). TANG (dia baling). Terus ambil, dan simpan atas almari. Jika konsisten, dia akan faham yang setiap amaran adalah benar, dan dia mesti ikut cakap mak.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: