Kesilapan ibu bapa semasa komunikasi dengan kanak-kanak

1) Jangan tiru anak sebut pelat. Sebutlah secara jelas. Memang comel kanak-kanak kecil pelat, tapi tidaklah comel jika kekal pelat hingga usia 4 tahun. 

2) Jangan potong semasa anak sedang bercakap. Kanak-kanak yang sedang bercakap memerlukan masa untuk fikir perkataan yang sesuai untuk disebut. Biarkan, berikan masa kepadanya. 

3) Jangan terlalu cepat memberi apabila anak menunjuk pada sesuatu barang. Tunggu dia sebut dulu, baru bagi. Biar dia rasa betapa pentingnya perkataan yang keluar dari mulutnya itu. 

4) Jangan takut-takut untuk menyebut perkataan baru kepada kanak-kanak. Sebutkan saja, lama-kelamaan kanak-kanak akan biasa dan memahami perkataan tersebut. Jangan guna kata umum seperti ‘benda ni’ ‘yang tu’….sebutkan saja, ‘laptop’, ‘bulldozer’, ‘monorail’ dan sebagainya. 

5) Jangan terlalu banyak ‘JANGAN’ dengan kanak-kanak. Lebihkan perkataan yang sepatutnya. Contoh: kalau anak suka baling barang, katakan padanya: “letak elok-elok”, Jika anda sebut “jangan baling”, dia akan baling lagi. Contoh lagi: kalau anak main air dalam cawan, katakan kepadanya: “air untuk minum. minum elok-elok” Image

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: