Baik Buruk Anak Menonton TV.

Senangnnya nak masak, basuh pinggan, kemas umah, rehat-rehat bila anak tengok tv. Letak depan tv, pasang cd ultraman, dia pun diam, tak kacau dah.

 

Persatuan Pediatrik di Amerika buat kajian, dan mendapati:

TV TAK BAGUS UNTUK KANAK-KANAK BAWAH 2 TAHUN.

 

Kenapa ya? salah ke? 

 

Apa yang berlaku semasa kanak-kanak tengok tv? Dia hanya perlu lihat, tak perlu respon apa-apa. Nak joget atau nak nyayi boleh, kalau tak nak pun takpe….tv tu tak kata apa-apa pun kan?

Itulah yang dimaksudkan aktiviti pasif. Hanya sehala.

Komunikasi pula memerlukan penglibatan 2 hala. Ada yang bercakap, yang mendengar, dan perlu respon, tak kira secara sebutan, mahupun secara isyarat tubuh.

 

“Tapi….anak saya mesti nak TV juga. Kalau tak dia mengamuk”

Ha…..inilah cabarannya sebagai ibu bapa untuk mendisiplinkan anak, untuk mendidik anak. Pada peringkat awal, cuba kurangkan waktu menonton. Kalau selama ni ulang cd ultraman 3 kali, lepas ni cuba ulang 2 kali je.

Cara paling mudah ialah….TV ROSAK. Semua orang tak payah tengok tv. Tekan suis pun, tv tak hidup dah. (sebenarnya dah cabut cable). Biarkan seminggu. Bagi dia main permainan lain (Lego / robot / lori ke).Hasilnya lebih memuaskan. 

Tahukah anda, TV BOLEH menyebabkan MASALAH TUMPUAN apabila meningkat umur persekolahan? (ini kes menonton tv sejak bawah 2 tahun)

KENAPA?

Sebab, rancangan kartun, iklan tv telah dirancang sebagai program yang menarik. Gabungan animasi, bunyi, lagu, pergerakan dan cara tayangan menyebabkan ia sangat menarik untuk ditonton. 

Bandingkan dengan proses belajar di sekolah. Bagaimana pula dengan aktiviti membaca buku? Kanak-kanak mesti fokus pada huruf-huruf yang tak bergerak tu, mesti ingat dan mesti mengulang beberapa kali untuk memahami. Amat susah bagi mereka untuk bertukar dari cara yang sangat ‘seronok’ semasa menonton tv, dengan cara yang sangat ‘memerlukan fokus’ semasa belajar. 

Hasilnya, biasa dilihat kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran tidak dapat fokus, cepat bosan, hilang tumpuan.

 

Maka….kurangkan TV, lebihkan komunikasi. 

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: